Kisah Rentas Negeri Balik Kampung KL
Dah sebulan lebih sejak balik dari rumah mertua baru ada masa nak menulis kat blog..macam busy sangat hahaha...
Kira November haritu ni yang pertama kami sekeluarga merentas negeri sejak PKP. Ke Cheras, Kuala Lumpur kampung belah suami la kiranya.
Disebabkan aku, suami dan anak memang tinggal di Johor dengan mak ayah aku, jadi bila suami ada cuti kejap ke lama memang ke sini la destinasi utama kami.
Alhamdulillah perjalanan pergi ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar. Walaupun dah lama tak jenjalan highway kan, tapi syukur dipermudahkan ikut waze sampai ke destinasi. Mula-mula dah sebelum ke KL tu lalu Negeri Sembilan , singgah sebentar ke rumah Kakak Ipar Sulung di Mantin . Walaupun sejam dua, seronok rasanya dapat bersembang, berjumpa dengan baby baru dalam family ( anak kepada anak buah ) merangkap cucu kedua kami. Firas pula happy sesangat dapat bermain dengan anak saudaranya yang tua setahun dari dia..sampai sedih masa nak balik..haihhh la pakcik Firas...hahaha
Sampai ke Flat Sri Johor, Cheras, Kuala Lumpur rumah family mertua. Risau juga pada awalnya last sebelum ni anak datang menangis je. Tapi kali ini alhamdulillah sampai je rumah nenek ibu tak suruh pun laju dia melangkah masuk. Terus salam semua orang hehehe...
Keesokan harinya bawa mertua dan anak saudara perempuan, Aliyah yang kebetulan bercuti kerana penggiliran sekolah. Awal lagi suami still tak berani jelajah KL sangat, kitorang pergi Lotus's Cheras je. Pun dah happy sangat tau. Mungkin akibat lama berkurung di rumah kan masa PKP haritu hehehe. Kalau keluar pun masa tu terhad sangat pergerakan.
Video Firas dengan robot hasil borongan..mana pun mesti nak ada geng robot dia
Hari selasa kemudiannya baru la berani jelajah sikit. Tu pun ke Berjaya Times Square je. Saja jelajah tempat dating dulu-dulu..kikiki...plan nak shopping pakaian lebih tapi anak lebih bijak diborongnya toys pulak..jemmm..hahaha
Video Firas dok borong robot toys. Lepas ni kalau masuk mall ibu ngan ayah kena pandai selekoh sikit la kalau dah nampak kedai jenuh weh hahaha
Hari rabu tu sehari sebelum balik ke Johor kami makan kat luar reramai..rasanya ni yang paling aku tunggu kot bila dapat rentas negeri hahaha..lain beb aura makan berjemaah ni...
Nak cerita juga pasal kedai makan yang kak ipar & abang ipar bawak ni..layankan selera aku yang suka masakan ala2 Thai ni kan..nama tempat makannya Thara Thai Tomyam Taman Kobena. Memang puas hati ambil set family bukan je makanan semua sedap nau nau, tapi harga pun sangat berbaloi. Rugi kalau tak cuba gaisss....boleh tengok dulu gambar-gambar kat bawah ni. Ni baru gambar yang aku share je, belum pergi try sendiri makan kat sini..dah serupa tengah buat food review aku ni.. hehehe
Hari khamis auto mood bertukar sebab nak balik dah..sedih sebab kami jarang dapat balik selalu dek tugas suami yang tak menentu. Kesian kat Firas, bila siap pakai baju ingat nak bawa jalan lagi dengan kakak sepupunya, tapi bila tengok kakak Aliyah tak ikut naik kereta, mula la cebik dah muka. Tak sampai plaza tol Sungai Besi lagi dah tidur. Sampai area Melaka bangun dah tapi muka moody lagi.. aduhai anak ibu..baru nak kawan2 ye.. mesti teringat lagi pagi tengok Abang Adam ngan Abang Aiman pergi sekolah. Tengahari tunggu diorang balik. Macam perangai ibu jugak masa kecik2 ea..bila dah jumpa sepupu sepapat memang syahdu bila nak balik..
Alhamdulillah perjalanan pulang kami ke Johor pun berjalan lancar walaupun sesat juga sekejap pada awalnya..biasalah yang tunjukkan jalan pun si 'rabun jauh'..jenuh la ye..huhuhu
Eh lupa nak tambah...kali ni kami pulang bawa salah seorang ahli keluarga baru..kucing peliharaan family di KL..mereka hadiahkan pada Firas seekor. Namanya si 'Hitam'. Ada masa nanti aku cerita lebih lanjut ye. Ok sampai sini je dulu. Jumpa lagi artikel seterusnya..
alahai Firas..jenis akan sedih ye bila nak balik..biasa la tu..anak - abak buah akak pun sama jenis macam ni..kalau nak balik semua buat muka
ReplyDelete