Throwback Aidilfitri 2022

 




Assalamualaikum.


Ermm nak dekat penghujung raya ni baru la berkesempatan nak cerita kisah raya pertama haritu. Gara-gara raya terkejut, raya huru hara, tiba-tiba raya bak kata korang kan. 


Apa pun syukur alhamdulillah meriah kan raya tahun ni. Tahun ni juga aku berkesempatan raya ke belah mertua di Cheras, Kuala Lumpur. Plan kami bila kahwin memang tiap tahun first raya di rumah mertua oleh kerana kami memang tinggal di rumah sendiri, rumah ibu ayah ku kat Kota Tinggi, Johor ni. Tapi apakan daya, raya sebelum ni PKP kan. 




Dengan cuti yang singkat, kami pulang ke kampung suami sehari sebelum raya. Sampai je mak mertua, ipar, biras & anak2 buah suami dah sibuk buat persiapan memasak. Macam-macam masakan la untuk juadah raya. 



Hari raya pertama, selepas bersalam-salaman, kami mengambil peluang ziarah ke tanah perkuburan arwah bapa mertua. Selepas itu, terus ke Negeri Sembilan beraya di rumah kakak ipar sulung. Alhamdulillah happy sangat anak bujang kecil aku ni haa kira macam pertama kali sejak lahir dapat beraya kan.







On the way balik ke Cheras semula sempat kami singgah beraya di Mall sebentar hehehe. 


Raya ketiga, dah pulang ke Johor. Agak jammed juga jalan di beberapa daerah, masa nak ke KL haritu lancar je. Tu yang bestnya kampung kat KL macam kata suami hahaha..



Alhamdulillah persiapan raya di rumah kat Johor pun lancar seperti selalu. Complete seperti apa yang dirancang. Setakat syawal ni syukur ramai yang datang berkunjung. 


Oklah, kita cerita sampai sini je. Di kesempatan ini juga, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca blog Faizzah Amir. 





No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.