Peminat fesyen dalam talian Malaysia menyambut endemik dalam gaya berinspirasikan Boho

Peminat fesyen dalam talian Malaysia menyambut endemik dalam
gaya berinspirasikan Boho

Peningkatan sebanyak 21 peratus direkodkan untuk pakaian berinspirasikan Boho hingga Jun tahun ini, dengan trend menjelang hujung tempoh tersebut beralih ke jaket, skirt dan seluar berinspirasikan musim luruh/musim cuti 2022 di Shopee


KUALA LUMPUR, 21 JULAI 2022 - Kita mungkin fikirkan bahawa perbelanjaan fesyen rakyat Malaysia kini didorong oleh keperluan untuk beralih daripada pakaian kasual kepada pakaian untuk ke pejabat selepas pandemik. Namun, maklumat mengenai pembelian barangan fesyen di Shopee menceritakan kisah yang lain.

Trend menunjukkan bahawa daya tarikan Boho yang berwarna-warni yang kembali pada musim bunga/musim panas tahun 2021 berterusan hingga musim luruh/musim cuti tahun 2021 dan musim bunga/musim panas tahun 2022 di Shopee. Walau bagaimanapun, populariti fesyen Boho mungkin akan semakin menurun tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada gaya blok warna musim luruh/musim cuti tahun 2022.

Data Shopee¹ mendedahkan bahawa rakyat Malaysia membeli 21 peratus lebih banyak pakaian bergaya ala Boho² dari 1 Jun 2021 hingga 30 Jun 2022.

Menurut Shopee, trend tersebut mengambil alih pakaian sukan yang lebih praktikal secara beransur-ansur bermula dari separuh pertama tahun 2021 apabila jualan untuk pakaian sukan menurun sebanyak 10.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Ini merupakan titik permulaan untuk pakaian luar yang berwarna-warni, blaus peasant, dress dan skirt labuh serta flowy, baju berbutang yang bersifat longgar dan ringan dengan corak retro, denim dan seluar slack.

                       Boho Inspired Dress



                   Boho Inspired Blouse


Flowy Skirt

Menurut maklumat pembelian pengguna Shopee, kemuncak trend ini bermula pada suku pertama tahun ini apabila rakyat Malaysia mengambil peluang untuk memenuhi keinginan mereka untuk melancong dan beriadah dengan bercuti, meluangkan masa di kafe, pusat membeli-belah dan banyak lagi.

Jumlah seluar chino bertemakan Boho yang dibeli meningkat sebanyak 114 peratus, dress meningkat sebanyak 55 peratus dan skirt sebanyak 41 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

                      Chino Pants

Sebaliknya, carian untuk pakain santai dan baju tidur terus menurun.

Dengan gaya inspirasi Boho mencapai titik optimumnya, trend pembelian pengguna Shopee Malaysia, sejajar dengan trend fesyen global, mula menunjukkan anjakan ke arah gaya blok warna dalam pakaian. 

Antara bulan Mac dan Mei tahun ini, apabila label fesyen global mula memberi para pengguna gambaran koleksi musim luruh/musim cuti 2022 yang kebanyakannya terdiri daripada jaket kulit sintetik, baju tanktop dan seluar mason, kami mendapati para pengguna mula membuat pembelian yang beralih kepada trend tersebut untuk separuh kedua tahun 2022.  

Palet warna neutral, ivory dan peachy beige secara beransur-ansur menggantikan gaya boho-chic berwarna-warni. Corak pembelian ini, menurut pandangan pengguna Shopee, bermula pada suku kedua tahun ini.

Antara bulan April dan Jun tahun ini, pengguna Shopee mula membeli 13 peratus lebih blazer dan kot berbanding suku sebelumnya dan trend yang kian meningkat ini dijangka kekal hingga hujung musim luruh/musim cuti tahun 2022.

Dengan peningkatan dalam permintaan untuk blazer dan kot, Shopee juga menyaksikan peningkatan sebanyak 35 peratus dalam jualan baju dalam antara suku pertama dan suku kedua tahun ini.

Coat

Blazer

Ekoran ini, permintaan untuk seluar - dengan bahagian pinggang yang berunsur fitted serta hem yang lebar - turut menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus.



Dengan peralihan secara beransur-ansur antara trend fesyen, rakyat Malaysia juga dilihat membeli kasut baharu untuk dipadankan dengan baju baharu mereka.

Rakyat Malaysia dilihat membeli sandal dan mules untuk dipadankan dengan pakaian bergaya ala Boho mereka manakala loafers, kasut high dan low top, kasut tumit tinggi dan kasut oxford dibeli sebagai persiapan untuk pulang ke pejabat mereka selepas sekian lama bekerja dari rumah. Oleh itu, barangan ini menyaksikan peningkatan dalam permintaan dan menggantikan selipar tahun ini berbanding tahun lepas.

Menurut Shopee, tingkah laku pembelian yang diperhatikan adalah petanda bahawa pembeli fesyen dalam talian Malaysia mula gemar menggayakan pakaian mengikut trend semula. Dengan Malaysia berada dalam fasa endemik, rakyat Malaysia juga bersiap sedia untuk menghadapi hari-hari yang lebih sejuk di pejabat berhawa dingin mereka selepas memenuhi keinginan yang terpendam untuk beriadah dan melancong. 



1 comment:

  1. Sekarang memang Shopee aje sopingnya kan.. murah pun yaaa

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.