Throwback Raya Aidiladha 2022

 


Throwback balik kisah raya pertama Aidiladha. Biasa la aku kan baru menyempat. Ni pun gara-gara tengah dok layan lagu 'Casablanca' nyanyian Nuha Bahrin & Naufal Azrin. Auto teringat sebab ramai yang fyp lagu ni untuk content Aidiladha kat TikTok. 

            Firas with atuk & nenek

Alhamdulillah semuanya lancar walaupun disambut sederhana je dengan family terdekat. 



Rezeki tak terjangka tahun ni suami tiba-tiba buat surprise balik dari outstation. Walaupun kejap je cuti, sangat bermakna bagi kami. Terima kasih juga kat kawan suami yang sudi tumpangkan suami. Agak jauh perjalanan musim perayaan lagi kan. 


Masak pun simple2 je, nak masak makan tradisi keluarga aku iaitu masakan bugis macam burasak semua tu tak menyempat nak cari daun apa semua tu. So jadilah masak Nasi Impit, Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Acar Timun & Rendang Daging. 

Nak ambil gambar banyak pun busy sikit raya pertama Aidiladha tu sebab aku dan kawan-kawan ada potluck sempena lawatan muhibbah & kebajikan. Tu pun sempat buatkan puding buah je untuk kawan-kawan. Rezeki juga ramai bawa macam-macam hidangan sedap-sedap belaka. 





Oklah sampai sini je cerita raya haji tahun ni. In sya Allah ada rezeki panjang umur kita berjumpa di artikel next year pulak ye..







3 comments:

  1. Sama la..tahun ni SA sambut sederhana jugak sebab mak pah sakit...sederhana tapi bermakna kan..

    ReplyDelete
  2. Sambut raya dan buat potluck walau sederhana tapi meriah

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dapat berkumpul raya

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.