Perlindungan UV tahan lebih lama dengan 𝐒𝐮𝐧𝐩𝐥𝐚𝐲 𝐒𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐪𝐮𝐚 𝐔𝐕 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐥 𝐒𝐏𝐅𝟓𝟎+ 𝐏𝐀++++
Hai korang..happy weekend! Apa rancangan minggu ni, jalan-jalan dengan family, ke kawan-kawan? Mana-mana asalkan bahagia ye dok..
Ok untuk korang yang plan jalan ke pantai, or bersiar-siar kat taman ke waktu tengahari ke petang tu korang akan terdedah dengan sinaran matahari. Tapi cuaca pun tak menentu juga sekarang ni, tiba-tiba hujan kejap lagi panas terik..tapi tak salah kalau korang bersedia. Bersedia apa?! Sunscreen untuk protect kulit korang tu!
Jangan kata aku taksub dengan kecantikan pulak, tapi penting tau penggunaan sunscreen dalam kehidupan seharian bukan untuk kecantikan je tapi untuk kesihatan kulit. Itu yang penting sekali. Korang boleh baca artikel ni ⤵️
Kesan Tak Pakai Sunscreen Paling Bahaya Boleh Sampai Kena Kanser? https://hellodoktor.com/sihat-bergaya/penjagaan-kulit/kesan-tak-pakai-sunscreen/
Dalam pelbagai jenis produk sunscreen yang aku cuba, jenama dari Sunplay ni antara yang aku suka guna sampai sekarang. Salah satunya ni haa
𝐒𝐮𝐧𝐩𝐥𝐚𝐲 𝐒𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐪𝐮𝐚 𝐔𝐕 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐥 𝐒𝐏𝐅𝟓𝟎+ 𝐏𝐀++++
begitulah nama diberi..hehehe..
Memang aku selalu bawa kalau ke mana-mana pun. Macam selalu aku cerita, bab kosmetik ke skincare ke brand apa pun memang aku akan tengok tekstur nya dulu. Sebab aku jenis cepat rimas kalau krim yang jenia rasa tebal kat kulit..rasa nak garu-garu pun ada..hahaha..
Ni aku ringkaskan kelebihan
𝐒𝐮𝐧𝐩𝐥𝐚𝐲 𝐒𝐤𝐢𝐧 𝐀𝐪𝐮𝐚 𝐔𝐕 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠 𝐌𝐨𝐢𝐬𝐭𝐮𝐫𝐞 𝐆𝐞𝐥 𝐒𝐏𝐅𝟓𝟎+ 𝐏𝐀++++ ⤵️
Weightless Hydration
🌼 Tekstur ringan
🌼 Mudah meresap
🌼 Melembapkan kulit sepanjang hari
Anti-Blue Light
🌼 Cocoa seed extract untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya biru yang merosakkan
Anti-Pollutant
🌼 Melindungi kulit daripada bahan pencemar mikro seperti PM2.5
Anti UVA & UVA
🌼 Perlindungan UV yang tahan lama
Brightening
🌼 Brightenyl untuk membantu mencerahkan dan menyekatakan tona kulit
𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬 ⤵️
❌ 𝐀𝐥𝐜𝐨𝐡𝐨𝐥
❌ 𝐏𝐚𝐫𝐚𝐛𝐞𝐧𝐬
❌ 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐫𝐧𝐚
❌ 𝐏𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐢
❌ 𝐌𝐢𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐎𝐢𝐥
❌ 𝐌𝐈𝐓
Ok sekian review jujur dari aku..jumpa lagi di artikel seterusnya..ceria-ceria selalu ok!
Instagram : Sunplay Malaysia
Post a Comment