Eskayvie Mindtropic Bantu Selesaikan Masalah Sukar Tidur Dan Stress

Eskayvie Mindtropic Bantu Selesaikan Masalah Sukar Tidur Dan Stress


Assalamualaikum. Hai semua. Berjumpa lagi kita di entri baru. Rasanya kalau korang perasan sejak dua menjak ni aku jarang dah muncul dengan artikel baru kat blog ni.


Hinggakan ada juga antara geng blogger yang rapat dok pm tanya, ada masalah ke? Masalah tu ada tapi tak la berat sangat, cuma beberapa bulan kebelakangan ini aku selalu mengalami masalah susah nak tidur malam. Tak tahu la kenapa, faktor usia ke? Entah la kan. 


Yang terpaling tak best tu, dah la tak cukup tidur, bangun pagi tiba-tiba rasa stres tau. Ambil handphone check whatsapp pun boleh rasa nak marah tiba-tiba, padahal tak ada siapa kacau aku pun hahaha. 


Bila dah pagi rasa stres, korang pun tahu sendiri la kan, mahunya tergendala urusan seharian. Jadi tak ada mood nak buat kerja apa pun. Tak produktif jadinya kan. Dalam hati aku eh tak boleh jadi ni kena juga ikhtiar dan cari jalan penyelesaian. Tak seronok tau bila hidup tak produktif ni. Muka pun moody je tak tentu pasal. 


Nak dijadikan cerita, ada 1 hari tu aku up kat status whatsapp lebih kurang macam ni ayatnya "mengantuk wehh.. dah tu bangun pagi je stress, rasa malas" tak lama lepas tu ada seorang kenalan tu respon status aku tu. Katanya dia pun macam ni tapi dulu la. Aku tanya sekarang kau dah ok ke meh la share tips ke apa. Menurut kenalan aku tu dia ada consume satu tablet ni. Ermm.. dalam hati aku macam risau pula nak percaya kalau benda alah yang kena makan ni. Nanti kang risau jadi penyakit lain pula kan.. huhuhu


Tapi aku minta juga la kenalan aku tu tunjuk gambar botol tablet yang dikatakannya tu. Eskayvie Mindtropic. Macam selalu juga dengar pasal brand Eskayvie ni. So aku macam tertarik juga nak google dulu mengenai produk ni walaupun belum tertarik nak beli masa tu. Hehehe..


Bila dah google info mengenainya macam teringin pula nak cuba. Yela aku baca sendiri maklum balas daripada ramai pengguna yang mengatakan kualiti tidur mereka menjadi semakin lebih baik. Paling penting hidup tak stress macam sebelum ni. Aku fikir tak salah mencuba sebagai salah satu ikhtiar kan? Lagipun tengok background produk ni semakin meyakinkan aku. Eskayvie Mindtropic ni dihasilkan oleh formulator Dr Syid Ayob dan daripada formulator produk kesihatan terlaris di Malaysia, Eskayvie Diffenz. So lagi lah rasa tak ragu-ragu nak cuba kan. 


Sebagai permulaan aku beli sebotol dulu Eskayvie Mindtropic ni. Ada 30 tablet dalam botol tu jenis chewable(kunyah). Ni yang buat aku lagi suka jenis chewable tablet. Sedap pula tu. Rasa buah Markisa. Siapa yang pernah rasa buah Markisa tu tahu la macam mana rasanya. Kunyah-kunyah je dan tak perlu ambil bersama air pun tak mengapa. 



Aku ambil Eskayvie Mindtropic ni 1 tablet, 2 kali sehari seperti yang disarankan bagi golongan dewasa yang berumur 18 tahun ke atas. Biasanya aku akan ambil selepas waktu sarapan pagi dan malam sebelum waktu tidur. Bagi mereka yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan mengambil 1 tablet sahaja sehari selepas sarapan pagi. 





Selepas seminggu aku amalkan tablet Eskayvie Mindtropic ni, memang boleh rasa kesan terutamanya pada waktu tidur malam aku. Kalau dulu bergolek kiri kanan susah betul nak tidur. Kadang-kadang tu pernah terlajak sampai pukul 2-3 pagi. Tapi, selepas seminggu consume, syukur Alhamdulillah letak kepala paling lama pun 20 minit dah boleh terlelap sendiri. Macam magik kan?


Bila tidur cukup, automatik bila bangun pagi tu aku rasa segar sangat. Rasa bersemangat nak memulakan hari tau. Berkobar-kobar gitu. Ni bukan main-main tau! Rasa stress bila bangun pagi pun semakin berkurangan. Dia tak la hilang terus sebab perihal stress ni memang kena ambil masa sikit la kan. 


So disebabkan nampak perubahan yang agak ketara juga pada diri aku lepas mengamalkan Eskayvie Mindtropic ni, aku ambil keputusan untuk repeat lagi beli lepas habis sebotol ni. Suami aku pun mula berminat nak cuba tau. Sebab katanya aku dah tak nampak muka mencuka bila bangun pagi hahaha.. Jadi suami tambah lagi sebotol syukur alhamdulillah. Moga beri kesan yang bertambah baik dalam kehidupan seharian kami. 



Kenapa korang kena cuba produk Eskayvie Mindtropic macam aku? 


Aku ada buat research sikit berkenaan produk Eskayvie Mindtropic ni. Di sini aku share kan sedikit sebanyak kelebihan Eskayvie Mindtropic ⤵️


🌼 Dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi 

🌼 Tanpa gula tambahan

🌼 Rasa tropika yang enak

🌼 Tanpa perasa dan pewarna tiruan

🌼 Pengiktirafan kilang oleh European Quality Award 


Ok kat bawah ni pula aku share bahan-bahan yang terkandung dalam Eskayvie Mindtropic ⤵️


 

 Selenium

🍁 Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dan lain-lain.

 🍁 Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat. 


Magnesium

🍁 Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.

🍁 Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

🍁 Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb)


Bacopa Monnieri

🍁 Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

🍁 Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood dan beri rasa gembira. 

🍁 Menggalakkan unjuran pertumbuhan sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.



Ashwagandha KSM-66

🍁 Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stress, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan. 

🍁 Khasiatnya terletak dari bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

🍁 Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression. 

🍁 Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.


Phosphatidylserine

🍁 Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak dan berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda. 

🍁 Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal. 

🍁 Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima. 






Testimoni Pengguna Eskayvie Mindtropic

 

Kat bawah ni aku share kan sikit beberapa testimoni pengguna Eskayvie Mindtropic dan sedikit ulasan daripada pengalaman aku sendiri sepanjang mengamalkan pengambilan Eskayvie Mindtropic.



👆Yang kenal rapat dengan aku tau la aku jenis gelabah sebenarnya walaupun aku pandai cover hehehe. Tapi sekarang tak perlu nak cover² dah memang rasa keyakinan tu makin tinggi bila nak buat sesuatu alhamdulillah. 



👆Aku jenis pelupa juga, suami cakap nampak ada perubahan. Sekarang aku dah mula ingat letak barang kat mana. Tak sepenuhnya yang ini tapi aku masih consume Eskayvie Mindtropic sebagai ikhtiar. 




👆 Ini memang betul, dulu bangun pagi dengan kelam-kabutnya silap sikit je rasa nak marah walaupun silap sendiri. Sekarang ni rasa lebih tenang je. Urusan seharian pun jadi teratur sangat.





👆Yang ni aku akui kesan yang paling ketara aku rasa. Dah tak rasa berdebar-debar bila bangun pagi, malah makin bersemangat nak memulakan hari. 


Korang boleh tengok juga kat video mengenai maklum balas pengguna Eskayvie Mindtropic untuk rujukan. 



 

Bila Tak Cukup Tidur, Asyik Nak Marah Je - Puan Siti Zubaidah, 39 tahun



Jadi kat sini kesimpulannya bagi aku sendiri yang dah dapat kebaikan dan perubahan setelah mengamalkan produk Eskayvie Mindtropic ni, memang berbaloi aku recommend kat korang untuk cuba juga. Especially yang ada masalah macam aku ni. Tak salah ikhtiar kan? Kebaikan untuk diri sendiri juga. Orang sekeliling pun dapat manfaat bila kita tenang. Yela bila minda kita rileks, automatik apa yang kita lakukan pun akan jadi mudah dan smooth je. So apa lagi, selamat mencuba! Jangan Stres Stres! 


Berminat Nak Dapatkan Eskayvie Mindtropic?


Kepada yang berminat nak lebih tahu atau nak dapatkan Eskayvie Mindtropic ni, di bawah ni aku detailkan link website dan sosial media Eskayvie untuk korang dapatkan info lebih lanjut lagi. 


Dah cuba Eskayvie Mindtropic? Jom kongsikan pengalaman korang selepas mencuba dan selepas amalkannya.


Website : www.eskayvie.com

Instagram : https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

Facebook :

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 











No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.