Pelitup Muka Cantik Untuk Kulit Sensitif dari Vircast Medic

 

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pembaca. Semoga dalam keadaan baik-baik dan sihat semuanya. 


Bila bercakap tentang kesihatan, semua pun tahu kan, bila dah sakit nak buat apa pun susah. Jadi bila diberi kesihatan yang baik, syukurilah dan jaga betul-betul nikmat sihat tu. Bila diuji dengan kesakitan pula, bersabar dan usaha semampu kita boleh untuk sihat seperti sediakala.


Hari ni aku nak cerita pasal pelitup muka atau mask. Yela salah satu aspek mencegah penyakit terutamanya penyakit berjangkit ialah dengan pemakaian pelitup muka. Walaupun pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di beberapa tempat tertentu, fiza masih lagi memilih untuk memakainya terutamanya bila berada di tempat yang sesak.


Yela, sebolehnya lebih baik mencegah dari merawat kan. 


"Menjaga Diri Anda adalah Cara Paling Berkuasa untuk Mula Menjaga Orang Lain" 


Haa gitu..yela kalau dah sakit yang jenis berjangkit bukan sikit-sikit kesan nya malahan boleh melibatkan ramai orang. 


Berbalik pada pemakaian pelitup muka, tak dinafikan aku sendiri walaupun dah bertahun pakai pelitup muka sejak norma baharu dulu tapi masih rasa lemas juga kadang kan..Dan semestinya aku akan memilih pelitup muka yang bukan saja memberi perlindungan tapi memberi keselesaan. 



𝐕𝐢𝐫𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜 𝐊𝐅𝟗𝟒 𝟒𝐏𝐥𝐲 𝐆𝐥𝐚𝐦𝐨𝐫𝐨𝐮𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐤 & 𝐊𝐅𝟗𝟒 𝐌𝐚𝐬𝐤 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐞𝐫 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 ni memang jadi pilihan aku. Tersedia dalam pelbagai pilihan warna dan design yang menarik, setiap mask dibuat dengan fabrik yang dilitup cair dan lapisan bukan tenunan untuk memastikan penapisan habuk dan kuman yang berkesan dengan lapisan dalam yang lebih halus dan kalis air - halus dan lembut untuk kulit sensitif. Bagi aku yang kulit sensitif, ini paling penting dalam pemilihan mask atau pelitup muka. So far memang puas hati jadi pengguna Vircast Medic. Tu yang buat aku rasa nak recommend kat korang yang mungkin juga ramai ada masalah kulit sensitif macam aku.

Mask perubatan VirCast ini juga mempunyai 𝟗𝟖% 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐩𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐤𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚 (𝐁𝐅𝐄) 𝐝𝐚𝐧 𝟗𝟗% 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐤𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐚𝐩𝐢𝐬𝐚𝐧 𝐳𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐛𝐦𝐢𝐤𝐫𝐨𝐧 (𝐏𝐅𝐄), semuanya diuji mengikut piawaian antarabangsa. 


Ingat, penjagaan diri adalah langkah pertama untuk menjaga orang lain juga. 


𝐕𝐢𝐫𝐜𝐚𝐬𝐭 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐜 𝐊𝐅𝟗𝟒 𝟒𝐏𝐥𝐲 𝐆𝐥𝐚𝐦𝐨𝐫𝐨𝐮𝐬 𝐌𝐚𝐬𝐤 & 𝐊𝐅𝟗𝟒 𝐌𝐚𝐬𝐤 𝐒𝐮𝐦𝐦𝐞𝐫 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 boleh didapati Watson, Lazada & Shopee Vircast Medic. 








No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.