Segar dan Wangi Sepanjang Hari dengan NIVEA Whitening Deep Serum White & Smooth Hokkaido Rose Deodorant

 

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua pembaca blog Faizzah Amir. 


Ermm..dalam tengah berfikir nak menaip untuk entri kali ini, tertangguh kejap sebab dapat whatsapp dari sahabat lama. Kawan sekolah dulu tapi dah lama tak jumpa, yela zaman dulu tak canggih dengan teknologi macam sekarang jadi dulu agak mudah lost contact. Sembang punya sembang rupanya kawan aku tu sekarang kerja dekat-dekat sini je. Keciknya donia..


Ok berbalik pada cerita asal.. entri kali ini aku nak review pasal deodorant. Bukan produk baru, tapi aku baru jatuh cinta dengan produk ni. Deodorant ni salah satu keperluan penting bagi aku. Rasa tak lengkap hari aku kalau tak pakai deodorant. Lagi-lagi bila kat luar. Bab bawah lengan atau lebih mudah disebut ketiak ni jangan diambil ringan tau. Cantik macam bidadari tapi kalau ketiak berbau adehh pengsannn..



So korang semua meh dekat sikit cerita nak mula dah ni. Produk yang aku nak review ni ialah 𝑵𝑰𝑽𝑬𝑨 𝑾𝒉𝒊𝒕𝒆𝒏𝒊𝒏𝒈 𝑫𝒆𝒆𝒑 𝑺𝒆𝒓𝒖𝒎 𝑾𝒉𝒊𝒕𝒆 & 𝑺𝒎𝒐𝒐𝒕𝒉 𝑯𝒐𝒌𝒌𝒂𝒊𝒅𝒐 𝑹𝒐𝒔𝒆 𝑫𝒆𝒐𝒅𝒐𝒓𝒂𝒏𝒕. Begitulah nama diberi. Sedapkan nama nya..jangan buh nama kat anak lak..hahaha gurauu..aku terjebak beli kat Watsons pun sebab nama la kalau korang nak tau. Aku memang jenis pandang luaran dulu huhuhu..


Tapi produk dari Nivea ni bukan setakat luaran je hebat, dalaman pun helokk..


Aku memang suka sangat dengan bauan pati Hokkaido Rose yang long lasting, rasa yakin dan fresh je sepanjang hari. Tekstur nya pun jenis ringan dan langsung tak melekit atau meninggalkan kesan pada pakaian. 


Dengan formula serum yang mengandungi Vitamin C dapat memperbaiki kulit bawah lengan agar lebih cerah & licin. Haa siapa je tak suka kan, dah la ketiak wangi cantik pulak..hahaha 


Ok lah, cukup-cukup la tu cerita pasal ini kuikuikui..


Jumpa lagi ye di entri seterusnya..ceria-ceria selalu 😉







1 comment:

  1. Tpi sama ke brightening ngn whitening kak? Tgok botol tu tulis brightening

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.