Kisah Beraya di Negeri Perak
Assalamualaikum dan selamat malam..sambungan kisah throwback raya kedua..
Alhamdulillah pada syawal kedua berkonvoi dengan keluarga mertua ke negeri Perak. Bukan niat nak beraya sangat tapi nak luangkan masa untuk menjenguk bapa saudara suami, arwah Ayah Chu (baru meninggal dunia berapa minggu yang lalu). Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh..Aaminn ya rabbal alaminn
Tak terkilan juga la sebab dapat juga kami ziarah arwah semasa masih hidup walaupun keadaan kesihatannya semasa itu tidak begitu baik.
Alhamdulillah juga perjalanan pergi ke sana lancar dan baik walaupun kami juga diuji dengan kesihatan, sakit perut diawal pagi hinggakan bergilir-gilir ke tandas di setiap perhentian termasuklah aku..huhuhu
Selepas berziarah dan berkunjung di rumah keluarga arwah Ayah Chu di Ipoh, kami bergerak ke Kuala Kangsar pula untuk berkunjung keluarga suami (side bapa mertua). Memori sungguh juga bagi aku bila sampai ke Bandar Diraja Negeri Perak ini, kerana seperti arwah bapa mertua, ayahku juga berasal dari sini. Hehehe banyak kan persamaan aku dengan suami.
Dalam petang juga tiba mula sekali di rumah kakak sepupu suami, sembang sambil menjamu selera bergerak pula ke destinasi seterusnya di Sayong. Macam biasa borak sambil makan-makan juga hehehe..
Cucu 😘😘😘
Alhamdulillah kenyang seharian beraya tak ada singgah di mana-mana pun untuk mengalas perut ke apa sebab semua rumah hidang makanan berat untuk kami. Sampai homestay di Ipoh mandi tukar pakaian terus lelap tau tau nya dah subuh.
Syawal ketiga tu sempat menyinggah kejap ke rumah family biras di Ipoh juga. Sebab esoknya abang ipar juga nak gerak pulang ke Sarawak.
Keluar dari tol Ipoh, jalan dah mula jammed sikit. Sampai nak singgah R&R pun penuh ye. Jadinya sebelum hantar mak mertua ke Cheras, singgah kejap kami makan kat mamak. Selepas itu barulah bergerak pulang ke tanahair hahaha macam jauh beno padahal kat selatan je nun..
Dan ye tepat seperti jangkaan jammed jalan merata ye sampai ke Johor huhuhu..nak cari parking untuk berehat sekejap pun punyalah penuh sampai ke area hentian sebelah Kulai tak silap aku baru dapat berhenti kejap untuk ke tandas.
Namun syukur tiba ke rumah di Johor dengan selamat. Pengalaman kata orang kan..semoga bertemu lagi di tahun depan in sya Allah..
Tak banyak pun gambar yang sempat diambil sebab masa terluang sangat la sedikit jadi dimanfaatkan untuk bersama keluarga, bertukar cerita tu pun macam terkejar..semoga ada rezeki dan kelapangan lagi datang ke Perak nanti kita buat trend Wes Anderson pulak ke kat sini hehehe...
Ok korang jumpa lagi di artikel seterusnya..bersambung raya di sarang sendiri pula..
Jalan-jalan raya ziarah keluarga memang seronok.
ReplyDelete