Donut Red Velvet & Donut Pandan Milky Cheese by Ida Homebake
Dalam tengah santai ber weekend melayan movie kat Netflix sambil scroll picture gallery kat fon ni haa, terjumpa pula gambar-gambar Donut Pandan & Donut Red Velvet Milky Cheese yang aku beli kat jiran, Ida Homebake.
Masa zaman donut red velvet tengah dok viral dulu, memang kerap juga repeat beli dengan Ida ni. Plus ada extra milky cheese pula tu yang dilumur kat donut tu. Si hantu cheese ni apa lagi kan, memang lajuu la ngap..lepas tu Ida ni kreatif, dia pelbagaikan perisa Donut tu, ada Coklat, Jagung dan Pandan. Gambar Donut Jagung je tak jumpa mana perginya. Kes ter delete tanpa sedar laa ni huhuhu..
Lembut sangat donut air tangan si Ida ni. No wonder la memang tak lekang order sampai sekarang tau. Kawan-kawan selalu nak buat kenduri ke potluck memang order dengan beliau.
Tang donut pandan tu kan, baunya memang buat aku teringat selalu jadinya. Wangi pandan dan berlemak, makan dengan cream milky cheese tu ya ampun, perfect ea koranggg..
Dah lama nak borak kat pembaca pasal aneka kuih dan dessert yang memang aku suka beli kat Ida ni. Tapi dek kerana kebelakangan ini sibuk dengan kerja hakiki, urusan family dan lain-lain, memang jadi terlupa dan berkurun tertangguh. Ni tengah push diri untuk memeriahkan balik blog Faizzah Amir yang sendu ni. Hope meriah balik laa lepas ni in sya Allah..
Korang yang berada di sekitar area Kota Tinggi dan Johor Bahru tu kalau berminat nak rasa Donut Red Velvet ataupun Donut Pandan Milky Cheese ni, nak buat tempahan kuantiti yang banyak ke boleh email aku ye nanti aku bagi no whatsapp untuk korang nak order.
Ok korang, jumpa lagi di entri seterusnya yaww!
Perghhh, bila ko sebut lembut, terliur pulak akuuu!
ReplyDelete