Mengimbau Kenangan di Petrosains KLCC

 


Hai korang? Ada yang dah mula plan ke nak bawa anak-anak bercuti di mana untuk cuti sekolah akan datang? Atau sekadar untuk mengisi slot cuti hujung minggu?


Boleh la bawa ke Petrosains, KLCC, Kuala Lumpur. Banyak pengembaraan dunia sains dan teknologi yang boleh diteroka kat sini. Sambil diorang have fun sambil dapat ilmu pengetahuan kan. Kita pun boleh belajar sekali. Hehehe 

Aku bawa anak ke sini dalam bulan January 2023 hari tu. Kebetulan suami cuti. Balik ke rumah mertua kat Cheras, dan ambil peluang jalan-jalan kat KL. Yela dah namanya kerja suami ni payah nak nampak cuti selalu, jadi bila ada cuti tu memang terjah rumah mertua dan sekali harung la jenjalan kan. 






Kisah di sebaliknya bukan anak dan suami je berseronok explore kat Petrosains tu, tapi aku ni lebih kepada nak mengimbau kembali memori lawatan sekolah tahun 2001. Masa tu aku masih dalam Darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Sri Amar, Johor Bahru. Lepas tamat peperiksaan UPSR aku mengikuti lawatan sambil belajar ke Melaka dan Kuala Lumpur. Itulah kali pertama juga menjejakkan kaki ke Petrosains. Kali kedua bersama suami dan anak pula. Time flies so fast huhuhu.. Alhamdulillah 

Paling aku tunggu time nak naik Energy Capsule tu laa..teringat kenangan dengan kawan-kawan sekolah dulu. Anak aku si Firas pun happy naik benda ni siap minta seround lagi hahaha, tapi banyak lagi station yang sangat menarik kat dalam tu untuk diterokai oleh kanak-kanak. 









Ini antara gambar-gambar dan video-video yang sempat aku ambil masa di Petrosains. Ni cuma sebahagian juga rasanya, banyak lagi yang menarik memang puas hati ye korang. Aku terlalu teruja macam kanak-kanak juga sampai tak terambil semua gambar hehehe...













Apa pun kalau ada di antara korang yang belum pernah datang ke Petrosains, sila lah datang berbaloi dengan harga tiketnya yang cuma

RM10(Weekdays) RM12(Weekends/Public Holidays/ School Holidays) bagi kanak-kanak berumur 3-12 tahun, RM22(Weekdays) RM25(Weekends/Public Holidays/ School Holidays) bagi Dewasa berumur 13-60 tahun, dan RM10(Weekdays) RM12(Weekends/Public Holidays/ School Holidays) bagi warga emas berumur 61 tahun ke atas. Tiket kemasukan PERCUMA bagi kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah.

Oh ye, kalau korang nak naik Energy Capsule tu kena tambah RM5 untuk setiap seorang. 

Yang dah pernah datang pun boleh repeat lagi. Aku pun rasa nak pergi lagi ke sini bila ada rezeki nanti in sya Allah. 

Apa pun enjoy ye korang! Yak yak yeay!! Bak kata Bell Ngasri. Hahaha 

Alright kita jumpa lagi di entri berikutnya...selamat berhujung minggu...





1 comment:

  1. Rindunya nak pergi sini..dulu2 selalu la pergi..

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.