Belajar Mensyukuri dan Menghargai
Salam jumaat semua. Semoga kita sentiasa diberkati dan dalam lindunganNya.
Apa kaitan cempedak goreng dengan tajuk? Tak ada kaitan pun korang. Sesaja 2 hari lepas dah gambar cempedak goreng ni, baru hari ni rasa nak menyembang kat blog hehehe. Tajuk tu dah plan dari minggu lepas, so kita gabung jela sekali. Mohon tak ada yang kecam la hahaha. Dengan keadaan fikiran aku pun yang tak berapa nak rileks seminggu ni, dek kerana macam-macam komitmen yang perlu dihadapi.
So, kebetulan dapat cempedak yang isinya padu dan sangat helok dibuat goreng ni, memang sejuk sikit hati kita ni. Suka goreng dengan tepung goreng pisang mix sikit dengan tepung beras. Baru laa crispy crunchy gituuu..
Ingat pesan mak, tiap kali dapat walau sekecil-kecil nikmat, bersyukur la dan hargai. Kita tak tahu betapa berharga dan mungkin struggle nya sebelum rezeki tu kita nikmati hari ini. Jangan sesekali perlekeh dengan berkata "ala apa lah sangat hasil tu, aku dah penat bertahun dengan macam-macam" huhuhu jangan begitu ye gaisss..kita tak tahu nikmat yang mungkin nampak pada kita kecil ni, sangat berharga untuk orang lain.
Jadi pokoknya sentiasa bersyukur dan menghargai. Setiap dari kita ada ujiannya tersendiri, yang membezakan cuma cara kita nak hadap tu jela.
Terkadang orang hanya nampak pengorbanan yang bertahun-tahun, tetapi hakikatnya ada juga yang struggle berkorban berkali-kali dalam beberapa bulan je tapi tak dipandang. Tak dipandang mungkin tak apa lagi sebab kita ni laksana tanggungjawab kerana Allah, tapi yang terpaling sedih dipertikaikan pula, tak diberi peluang menjelaskan keadaan.
Tapi tak apa, apa jua permasalahan berbalik pada Allah, hanya Dia yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui. So berbalik lah pada sang pencipta. In sya Allah yang susah akan menjadi mudah akhirnya.
makanan kayangan sekarang ni
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur
ReplyDelete