Salam Penghujung Syawal

 

Assalamualaikum dan hai buat semua pembaca blog Faizzah Amir. Sekian lama juga tak beraksi rasanya kan. Hehehe. Kesibukan yang tak dapat nak habaq kat sini. Jangan ingat aku menghilang atau dah tak berminat dengan dunia blogger ye, semestinya tidak, ada je ni..memang aku sayang sangat kat blog ni. 

Sedar tak sedar dah penghujung syawal pun. Aku tetap nak ambil sedikit peluang dan ruang yang ada ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat korang. 

Alhamdulillah raya tahun ini diraikan seadanya tapi meriah. Walaupun awalnya macam risau tapi syukur ada je jalan rezeki yang Allah beri. Dari bermula Ramadhan hingga Syawal tak putus-putus Allah tunjukkan jalan alhamdulillah..slow slow buat persiapan juadah, biskut, kerepek dan kek, juga pakaian dan persiapan di rumah. Ada yang last minit baru dan nak mencari dek kesibukan kami. Kalut dan penat tapi seronok dan puas hati. Di zaman yang serba mencabar ni, dapat selesaikan komitmen dan keperluan asas pun dah rasa lega sangat kan..dan paling happy bila rezeki yang kita dapat tu kita kongsikan pula bersama mereka yang tersayang. Semoga diperluaskan lagi rezeki kita selepas ini in sya Allah..aaminn

Untuk artikel kali ini tak dan nak celoteh panjang weh, aku share jela moment gambar sepanjang Aidilfitri tahun ni kat sini. Ni pun tak semua, ada yang bila beraya bergambar kat kamera orang lepas tu lupa dah muka aku tu menepek kat kamera yang mana. Layan je laa,,,,,


      Alhamdulillah family kecilku. Semoga sentiasa di dalam keberkatan dan perlindungan Allah..aaminn




      Alhamdulillah. My Parents. Semoga ibu bapaku diberi kesihatan yang baik selalu. Aaminn



         Dalam kereta pun boleh laa bersalaman minta maaf dengan suami


      Raya kedua. Lari dari plan asal. Baru nak gerak ke kampung suami kat KL. 

      Ini anak di mana-mana pun layan mata huhuhu



     Anak tidur kan. Jadi makpak ambil peluang dating dalam gambar bebanyak hehehe 



                                        With Opah

       Sebahagian family belah suami

       Ibu, Firas & Nenek. Semoga mak mertua saya diberi kesihatan yang baik selalu. 


        With kakak ipar yang sengal hahaha ampun ye kak gurau-gurau manjahh

                  Raya raya raya

        Pengapit saya a.k.a cousin. Sekarang anak dia dah 3 ye, saya masih seketoi.. alhamdulillah semoga mana tau ada rezeki kami menambah zuriat..aaminn

                    Alamak,,,raya lagi,,,



           Mood marhaban/baraan onzzz

       Pinjam gambar rumah jiran. Marhaban di taman perumahan kami. 4 lorong so 4 malam berturut-turut la. Alhamdulillah 


                 Jamuan raya tadika Firas. Meriah. Ibu bapa pun dijemput hadir. 

                              With Cikgu Siti 






      Suka Firas dapat balik kampung walau beberapa jam je. Padahal dekat benau satu negeri je, tapi boleh kira berapa kali je menyinggah

Sebahagian family belah mak

         Kakak sepupu. Teringat lak moment raya time kanak-kanak

        Sahabat merangkap jiran setaman. Hujung raya baru menyempat beraya



P/s ~ Syawal berakhir sudah. Semoga bertemu lagi syawal 1446H/2025M in sya Allah. Tapi wehh aku still dapat jemputan open house lagi ye. Hehehe. 








1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.