Banyak Pengajaran Dari Movie Seram 'Munkar'
Dah lama juga rasanya movie seram dari Indonesia Munkar ni ada kat Netflix, tapi baru laa ni dan nak sembang kat blog.
Aku ni jarang la nak review movie kan, kalau aku sampai buat entri bagai tu, so tak payah berteka teki dah cerita tu best bagi aku ler. Tak best bagi orang lain it's ok, penilaian orang lain-lain kan.
Semestinya yang paling penting bagi aku, movie ni ada pengajarannya yang tersendiri dan sangat mudah difahami. Mesej pengajaran yang ingin disampaikan tu mudah dan dari awal pun dah boleh agak. Antara pengajaran dari movie ni yang aku nak highlight kat sini ialah kalau kita buat jahat kat orang, pasti akan ada kifarahnya balik kat kita. Dan jangan sesekali simpan dendam dalam hati hingga memudaratkan diri sendiri dan juga keluarga.
Banyak lagi pengajaran dari movie ni bukan setakat horror je. Tapi aku tak nak la cerita panjang lebar sangat nanti jadi spoiler pulak kot ada yang tak tengok lagi mana lah tahu kan. Kena tengok sendiri. Ada kawan aku yang tengok trailer pun sampai sekarang tak berani nak tengok dek terbayang senyuman ala ala psycho si hantu. Kita nya pun lepas tengok teringat jugak ye ishh..
Jumpscare nya pun tak terlalu melebih sangat tapi memang buat aku ni melatah jugak laa. Kira macam ada banyak part yang kau tak jangka seram tiba-tiba eh muncul pulak kat situ. Ada part yang kau ingat oh lega ramai rupanya tiber yang ramai tu nahhh. Jangan tengok sesorang laa kalau tak yakin.
Oklaa thumbs up untuk movie ni. Sejenis kepuasan kalau tengok cerita seram dan betul cerita tu seram. Ada ke cerita seram tak seram? Off course laa ada yang merapu yang buat kita tertidur pun ada kuikuikui..
Okla sampai sini kita nya entri kali ni. Jumpa lagi di entri seterusnya,,,
Eh, ehhh..terasa nak tengok la pulok 😆 I like cite Seram Seram niii
ReplyDeleteSilakan tengok nona hehehe
Deletedah tengok 2 minggu lps. seramnya boleh tahan gak!
ReplyDeleteKan. Teringat² lepas tu
Delete