Khasiat Farm Fresh Grow Formulated Milk Untuk Perkembangan Anak

 

Assalamualaikum. Salam Jumaat. Hai korang? Buat apa tu? Semoga apa jua yang korang sedang lakukan berjalan lancar dan dipermudahkan urusan selalu. 


Kisahnya semalam Firas bawa balik susu Farm Fresh dari school. Hari ni ada program "Membesar Bersama Farm Fresh" di tadika Firas. Jadi ibu pun tak lepaskan peluang beli susu Farm Fresh untuk Firas. Alhamdulillah makin lama Firas bersekolah, dia dah pandai bagitahu ibu apa aktiviti sekolah walaupun cikgu dah beritahu ibu kat group whatsapp hehehe..


Jadinya beberapa hari lepas cikgu bagi borang pembelian susu kat Firas, dia sendiri tunjuk kat ibu minta belikan susu Farm Fresh. Ibu pilih untuk Firas Farm Fresh Grow Formulated Milk yang sangat baik khasiatnya untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. 


Ni antara khasiat susu "Farm Fresh Grow Formulated Milk"


💫 DHA, TAURINA & KOLIN


💫 KALSIUM, MAGNESIUM & VITAMIN D3

- Menyokong perkembangan tulang & gigi.


💫 PROTEIN & 22 VITAMIN/GALIAN

- Protein adalah amat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan.


💫 INULIN

- Meningkat bifidobakteria usus & mengekalkan persekitaran usus yang baik.


💫 FOLAT & VITAMIN B12 

- Penting dalam pembentukan sel darah merah.


      Farm Fresh Yogurt Drink ni Firas dapat percuma je dari team Farm Fresh semalam. Low Fat? Wow ibu boleh cuba ni hehehe,,,


Apa pun ye korang, tak kira lah kanak-kanak atau dewasa, seeloknya kita rajinkan diri minum susu sekurangnya dua gelas sehari untuk keperluan nutrisi tubuh. Ok, jumpa lagi di entri seterusnya... ceria ceria selalu! 












No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.