Malam Minggu Layan Buku

 Hai korang! Selamat berhujung minggu! Apa pun aktiviti korang weekend ni sama ada di rumah atau di luar, semoga korang enjoy dan jaga diri selalu. 

Aku ni bila dah makin berusia ni kurang pula rasa nak berjalan. Kalau ke mana pun sebab bawa anak ke tempat yang dia suka jela. Zaman online ni kalau untuk keperluan sendiri lebih rajin bukak henfon tekan-tekan know know settle sampai depan rumah. Hehehe 

Firas malam ni tidur awal esok Johor school, jadinya aku rasa nak layan horror movie pada awalnya. Tak habis lagi kat watchlist apps streaming. Gitu la jaman now ni jugak, selagi ada apps streaming, semua nak di subscribe. Tak kisah la dari negara mana pun layan je beb. 

 Tapi kan macam kurang keberanian la pulak nak layan cerita seram malam ni. Tibahh..huhuhu. So sambil layan mata tunggu mengantuk lena diulit mimpi, rasa dah lama pulak tak layan hobi nan satu ni, apalagi kalau bukan membaca buku. 

Buku berbahasa inggeris yang bertajuk 'Prom' dari penulis 'Laurie Halse Anderson'. Salah seorang 'New York Times Bestselling Author' ni. Aku ni rajin dok beli buku tapi sejak dah bertambah usia ni jugak dah tak la mengadap buku ke novel berjam jam like zaman muda mudi dulu. Kalau perasan sampai berbintik juga kertas dalam buku ni. Punya la lama kita nya peram. 


Baru berapa muka surat baca buku ni tertarik juga dengan susunan bab nya. Ringkas gitu. Sesuai la dengan mood aku yang sangat tenang dan santai ni. 

Okla nak sambung baca beberapa muka surat lagi. Jumpa lagi next article ye pembaca yang disayangi,,, 

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.