Mengimbau Memori ~ Gilmore Girls
Credit picture to : Pinterest ~ riona hussey
Saja tiba-tiba rasa nak throwback one of my favourite tv series ni, Gilmore Girls. First tengok dulu cerita ni tak ingat saluran mana yang amik, time tu aku masih sekolah menengah. Kebetulan sekarang pula series ni ada kat Netflix, so kita repeat beberapa season dan episode yang tertinggal tu. Rasanya mesti ramai juga yang layan cerita Gilmore Girls ni dulu kan.
Aku cerita ringkas je ye kot ada yang belum tau dan teringin nak tengok, boleh la layan kat Netflix. Gilmore Girls ni mengisahkan kehidupan seorang ibu tunggal Lorelai Gilmore bersama anak gadisnya Rory Gilmore di sebuah pekan kecil yang bernama Stars Hollow. Kat sini korang boleh tengok keistimewaan hubungan ibu dan anak macam bestie gitu di mana masing-masing berkongsi cerita setiap hari, lepak cafe si Luke tu, buat aktiviti apa pun bersama-sama. Jatuh bangun sedih gembira memang diorang share bersama.
Kalau korang tengok dari awal sampai habis memang terasa nak pindah duduk kat Stars Hollow ni walaupun dalam realiti tak wujud pun tempatnya cuma rekaan untuk drama ni je. Tapi memang rasa nyaman je tengok dengan gelagat pelbagai ragam jiran tetangga, makcik dan pakcik bawang, hahaha jangan ingat geng omputeh tak ada bawangrianss ye. Boleh tahan rancak geng onion depa. Dan yang bestnya kat Stars Hollow ni ada je event yang depa pakat anjurkan untuk kejiranan situ yang boleh aku katakan agak unik aktiviti yang diadakan setiap kali dan bila ada permasalahan mereka akan duduk dalam dewan dan berbincang menyuarakan pendapat dan sebagainya. Korang kena tengok sendiri.
Hubungan kekeluargaan pun sangat diterapkan ye dalam drama ni. Selain dari hubungan Rory dan Lorelai, juga akan ada setiap episod setiap 'Friday Night' mereka akan ke rumah keluarga Gilmore, Richard & Emily(Parents Lorelai) kiranya datuk dan nenek kepada Rory. Kira macam aktiviti makan malam sambil borak dengan family. Walaupun pada awalnya hubungan keluarga Gilmore ni agak renggang disebabkan kisah silam Lorelai, tapi lama kelamaan hubungan kekeluargaan mereka makin kukuh dan saling menyokong. Banyak part lawak serius juga kadang bila Lorelai sembang dengan Emily tu. Kisah ayah kandung Lorelai pun diselitkan dalam cerita ni. Walaupun tak selalu ada dan kadangkala red flag, tapi boleh nampak usaha terutamanya di penghujung siri dia ambil berat akan anaknya.
Pelajaran dan masa depan juga jadi keutamaan dalam cerita ni. Dari awal boleh nampak macam mana Lorelai berusaha mahukan Rory berjaya lebih dari dirinya. Sanggup berkorban segala-galanya. Begitu juga dengan atuk dan neneknya. Kat sini korang boleh inspirasi jatuh bangun Rory dari zaman sekolah hingga ke University, bagaimana dia menghadapi cabaran dari rakan dan juga konflik percintaan. Walaupun boleh dikatakan Rory ni pelajar yang cemerlang dari awal, belajar pun kat sekolah dan institusi yang terbaik tapi dia tak dapat lari dari masalah teman lelaki, mudah percaya, ikutkan perasaan. Sampai ada satu part tu aku rasa nak marah je Rory ni sebab dok layan sangat feeling kat jantan hahaha. Tapi dia bangkit balik ye gaiss sampai berjaya dan banggakan ibu dia, Lorelai, atuk dan neneknya juga jiran jiran kat Stars Hollow tu.
Sebut pasal konflik percintaan tu, bukan Rory je alami pelbagai masalah hubungan cinta, mak nya Lorelai pun gitu ye. Sebab tu depa ni akrab sangat la, sebab kalau tak Rory sembang masalah kat mak dia, Lorelai pulak dok share masalah kat Rory. Nak kata dorang ni tak ada bff ada je, bff dorang pun jenis yang selalu ada untuk diorang juga.
Oh ye, Netflix ada keluarkan miniseries khas pada tahun 2016, Gilmore Girls ~ A Year In The Life. Ni pun aku dah khatam sebab ada 4 episod je. A few years later kehidupan Rory & Lorelai macam tula. 4 episod tu pun berkisarkan dari 4 musim Winter, Spring, Summer & Fall. Senang cerita korang kena tengok sendiri baru faham. Aku kureng sikit dengan yang reunion series ni huhuhu tak tahula kenapa ea walaupun semua watak asalnya ada je dalam series ni.
Oklaa sampai sini je la celoteh aku. Next kalau ada kerajinan aku sembang lagi pasal series ke movie yang aku suka tengok dolu dolu..harap korang tak boring la ye kuikuikui,,,thank you so much sebab selalu bagi sokongan kat entri entri dalam blog Faizzah Amir. Loveeee
Post a Comment