Servis Aircond Bilik Tidur

 


Alhamdulillah. Lega rasanya bila dah servis aircond kat bilik ni. Kat rumah aku ni satu je pakai aircond kat bilik je ni la, bila musim cuaca tak menentu adakalanya tiba panas terik seharian, memang memerlukan la tidur dengan aircond. Kalau tak meragam la si anak tu. Dengan kita nya pun meragam hahaha.


Saja nak cerita la juga, servis aircond tiap tahun memang ambil dengan jiran je. Dia buat bisnes servis aircond ni kira family anak beranak. So agak berpatutan la bagi aku kat area Kota Tinggi ni. 


Sebelum ni pernah je kami tertipu dengan perkhidmatan servis aircond. Tak sampai sebulan servis air keluar dari aircond macam banjir kejap bilik ni. Panggil pekerja diorang datang tengok, sekali datang ok kejap melimpah ruah lagi lepas tu. Panggil lagi tak nampak batang hidung terus. Memang tobat la aku nak ambil khidmat diorang dah. Sampai ada terfikir masa tu ke aircond aku yang dah rosak. Yela dah berkurun kan. 


Tergerak ambil khidmat servis aircond dari jiran ni melalui perbualan dengan isterinya sendiri. Tiap kali dia servis memang ambil masa lama yela rumah aku ni pun dua tingkat kan. Tapi hasilnya puas hati la. Aircond aku macam baru ye setelah diservis! Dah tu kadang dah selepas setahun pun masih sejuk lagi terasa. Sangat berbaloi. 


Okla sampai sini je story kita. Aircond baru servis mata cepat je mengantuk. Pasang lak diffuser, perghh syahdu. Ok korang good night sweet dreams!

3 comments:

  1. rasanya aircond2 d umah sy perlu diservis ni..sbb dah rasa kurang sejuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu bila rajin servis aircond pun sentiasa dalam keadaan baik kan

      Delete
  2. Ohh kena servis kalau dah kurg sejuk ya?

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.