Young Living Essential Oils|Aroma EO Tangerine Bantu Aku Stabilkan Emosi

 


Hai korang! Buat apa je tuu? Aku tengah ada waktu termenung ni so buat la entri. Harapnya ada yang sudi membaca. 


Nak cerita lagi mengenai Essential Oil yang aku ada dari produk Young Living Essential Oils. Hari ni kita story pasal benefit EO Tangerine. Ni sejenis EO Single ye. 


EO ni selalunya orang jual size 15ml tak silap. 5ml yang aku punya ni makcik kat Sepang yang bagi masa aku datang beraya kat rumahnya beberapa bulan yang lalu. Walaupun 5ml pun sangat lama bertahan ye, lebih 10 kali dapat diffuse. Dah la aku ni jenis suka titik bebanyak kat diffuser tu. 


First try diffuse EO Tangerine boleh la aku cakap bau nya terus mengingatkan EO Orange tu. Dah namanya pun adik beradik Citrus kan. Kalau korang nak pakej bau Tangerine & Orange dan geng sitrus yang lain boleh beli EO Citrus Fresh je. Tapi for me lah kan bau Tangerine ni more sweet sweet soft sikit dari Orange. 


Ok berbalik kepada benefitnya, haa ni yang paling penting kebaikan EO Tangerine ni boleh membantu menstabilkan emosi korang, contohnya kalau korang stress seharian seperti rutin pekerjaan dan sebagainya, penat letih memikir macam-macam perkara, so balik tu boleh lah cuba mandi bersihkan diri then diffuse la EO Tangerine ni dan nikmati aromanya. Then korang akan rasakan hal-hal yang menyemakkan otak korang seharian tu macam keluar dari fikiran korang. 


Yessss,,, sangat-sangat berguna ye. Salah satu EO yang korang kena ada kat rumah. Kalau belum ada sila lah beli sekarang atau save dulu dalam wishlist EO korang. Harga pun antara EO yang bawah RM100 ni. So boleh la effort sikit demi kesejahteraan. Wahh gitu hehehe....


Selain tu macam aku, bila jiwa tenang, otak pun jadi kreatif. Mencurah-curah la idea untuk content artikel kat blog ni. So sangat membantu la. Ingat senang ke nak menulis blog ni walaupun santai-santai nya entri. Tak mudah beb. Nak merapu pun kadang tak mudah kalau tiber minda ni tepu atau tengah stress,,, hahaha,,, so tak salah kalau jadikan Essential Oil sebagai salah satu ikhtiar kan. Rasa banyak je lagi kebaikan EO Tangerine ni. Ni aku share apa benefit yang aku dapat je lepas guna EO ni. Baru guna sebotol yang 5ml je, kalau guna 15ml mau fefeeling happy riang raya aidilfitri,, Kau dah kenapa Faizzah, melalut lambat lagi raya huhuhu....


Bukan untuk diffuse je kadang kegunaan EO ni kan, kalau selepas dilute boleh juga apply kat skin. Bagi mood terpaling happy bila keluar rumah.


Oklah korang macam tertaip panjang lebar lak kali ni. Kita nya kalau dah dapat ber story gini laa,, niat asal nak cerita benefit EO mau ke mana cerita ni pegi kang. Oklah jumpa lagi di entri seterusnya ye. Semoga ceria-ceria selalu buat semua pembaca! 

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.