Beli Almari Kasut Kayu Jati

 


Salah satu benda yang aku tak suka ialah tengok kasut bersepah kat lantai walaupun luar rumah. Tak kiralah walau disusun elok pun, sebabnya kat rumah ni kami ada memelihara kucing kan, so tak sampai beberapa minit memang berterabur balik la. Lagi sadis kalau dicakarnya huhuhu,,,


Agak lama jugak la hadap benda ni sebab almari kasut mak yang lama tu dah roboh, bertahun juga jasa almari kasut tu. Jadinya aku janji kat mak nak beli yang baru. Time ada rezeki sikit ni nak survey la kat kedai perabot fikirnya nak ajak suami temankan suami pulak busy dengan kerja outstation. Jadinya ada masa terluang kita gerak la sendiri. Tak jauh mana la kedai perabot yang aku suka tu kat area rumah ni juga. 


Sambil tu otak ni memikir dan berdoa, moga ada rezeki la dapat harga almari kasut yang mampu milik. Bajet pun tengah tak berapa nak hado. Sebab dah lama jugak usha kan, tapi sebab kekangan bajet, aku tahan dulu niat tu. Tapi rezeki memang tak salah alamat la, kebetulan Kak Iera (isteri taukey kedai perabot) bagi harga diskaun kaw kaw sempena hari Malaysia baru ni. Alhamdulillah timing ngam betul. Syukur dipermudahkan. Kebetulan pula aku memang berkenan kat almari kasut kayu jati, ni dah rezeki tengah diskaun grab terus laa. Alhamdulillah. 


Hari tu beli, petang tu juga sampai almari kasut nya sebab dah ada di kedai kan. Lagi pulak dekat je dengan rumah. Korang tahu yang terpaling excited si anak ye, awal-awal cakap "Ibu, biar Firas susun kasut semua",,, Haa dalam gambar ni hasil susunannya lah, atas tu kemas sikit, yang bawah terabur dah. Tunggu dia tak perasan nanti baru kita susun balik elok-elok. 

     Kena tutup ngan sticker sebab selipar buruk je banyak hehehe,,,Firas sibuk nak tolong susun atas je kemas bawah terabur. Aduhaii anak...

Laci atas tu Firas dah cop untuk kasut-kasut dia. Kasut dia ada separuh lagi dalam kotak. Penat katanya esok baru susun hehehe...

Alhamdulillah syukur lepas satu wishlist. Macam selalu aku cakap sebelum ni, sekecil-kecil nikmat pun bersyukur, gembira sangat bila Allah permudahkan. Walaupun cepat atau lambat, tapi Allah mengabulkan doa kita tepat pada masanya yang kita perlukan. Berusaha, doa dan bertawakal selalu. Semoga urusan dan rezeki kita semua selalu dipermudahkan juga. In sya Allah,, aaminn aaminn ya rabbal alaminn,,,



2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.