Homework Cuti Sekolah

 Cuti sekolah dah bermula,, yayyy kata si Firas. Di negeri Johor cuti kumpulan A bermula hari ini jumaat 13 september 2024 hingga sabtu 21 september 2024. 

Bila cuti sekolah, Firas akan dapat homework dari tadika. Ibu suka juga at least tak ada lah bila cuti memerap dengan televisyen dan gadget je. Nahh jangan seronok sangat ye. Cuti bukan alasan tak nak belajar. 




Apa pun ibu tak nak Firas stress stress mengadap buku je. Cuti-cuti ni kena juga layan outdoor activity kan. Berkembang sikit minda tu. Jadinya ibu plan buat jadual la untuk homework Firas ni nanti. Mungkin satu hari siapkan satu buku homework macam tu. 


Teringat pula zaman ibu kecil dahulu pun, kalau homework ibu banyak, nenek akan buat cara macam ni juga. Dah nenek pun bekas guru, memang ibu turuti jela arahannya hahaha. Bak kata salah seorang kawan sekolah dulu, kat sekolah jumpa cikgu kat rumah pun jumpa cikgu,, kuikuikui 



Turn si Firas ni neneknya dah santai je. Ibu pulak yang jadi cikgu bidan terjun. Walaupun subjek budak tadika tapi jenuh juga bila otak ibu ni dah agak berkarat. Lagi lagi part subjek Lughatul Arabiyyah tu. Last study subjek Bahasa Arab ni masa ibu sekolah agama darjah khas dulu. Tapi untuk nak ajar anak ni boleh lah buat hado hado,, 


Oklah apa perancangan korang cuti sekolah ni? Nak balik kampung? Bercuti di pantai? Happy holiday ya,, Holiday kat mana pun jaga diri selalu. Asalkan enjoy dengan family. Bahagia cara kita. Ok korang jumpa lagi di entri seterusnya,,,, 




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.