My Playlist #2
https://open.spotify.com/track/4ipoHe3XSbT88W9ASH0MXP?si=ZaArQFqySIewQMNkMQut_w
Ernie Zakri memang salah seorang penyanyi kegemaran aku, bukan sebab vokalnya je yang top meletop tu, tapi lagu-lagunya banyak yang best dan lirik yang puitis dan memotivasikan.
Yang latest, lagu 'Persis Katarsis' dari album terbarunya, 'Aura'. Banyak lagu best dalam album Aura tapi paling jatuh cinta ngan Persis Katarsis. Jadi halwa telinga sebab dah join dalam Playlist Malay Song aku di Spotify.
Dari sumber-sumber di Google, Katarsis ni lebih kurang bermaksud bagaimana kita melepaskan emosi atau stress dalam diri dengan cara yang positif. Contoh macam melakukan aktiviti dan hobi yang disukai untuk melupakan segala tekanan. Lepatu korang akan rasa lega dan tenang.
Berbalik pada lagu Persis Katarsis ni, aku ni bukan la reti nak memahami lirik kalau salah jangan kecam kita tau,, Ni apa yang aku faham. Antara baris lirik yang aku paling suka,
Sebaris
Kau sinis
Ku tepis
Persis Katarsis
Simple je liriknya tapi memang bagi aura untuk berdepan manusia toxic yang semakin bersepah di jaman now. Seperti baris lirik di atas, kalau ada seseorang yang perlekehkan kita, jangan kita down dengan mudah. Sebaliknya ignore dan lepaskan emosi, macam aku cakap tadi buat hobi yang korang suka, sibukkan diri jangan dilayan perkara negatif dalam otak. Lama kelamaan perkara negatif tu akan berlalu macam tu je. Si kaki kondem pun akan boring sebab kita tak layan dia. Dari pengalaman sendiri, kalau kita melenting, lagilah si kaki kondem ni suka dan akan terus bagi kita down. So cooldown je babe. Silence is golden.
Ok next lirik yang aku suka,,
Ku jauhi biar sejauhnya
Emosi ku halusi
Keranaku bangkit memadamkan ragu
Cereka tentangku hanyalah dongengmu
Berpeluklah cinta di dunia kita
Jauhilah manusia durjana(durjana terus bagi, no toxic toxic dah hahaha) yang suka mengkucar-kacirkan ketenangan kita. Kalau ada yang membawang ke fitnah sekalipun tapi benda tu kita tak buat, santai je. Berdoa kepada Tuhan mohon kesabaran, mohon hidayah kepada orang yang menyakiti kita. Biarlah orang nak merendahkan diri kita, kita jangan rendahkan diri sendiri. Kalau rasa kita silap, move on dan perbaiki. Hidup ni kita yang mewarnai, jangan biarkan kata-kata orang menjatuhkan kita. Berbahagialah dengan cara kita 💛
betul katarsis essential to stay sane
ReplyDeleteYes indeed!
DeleteTak pernah dgar... Liriknya mcm deep
ReplyDeleteBetul tu. Simple but deep
Delete