Novel Review ~ Awas, Kalau Dah Suka!
Tajuk : Awas, Kalau Dah Suka!
Sinopsis Dari Novel ~~
Biarpun dilahirkan sebagai kembar namun, kerana salah faham ketika melewati zaman remaja membuatkan mereka semakin menjauh. Biarpun Trish cuba menjernihkan semula keadaan namun, Riya tetap menutup pintu hatinya.
Atas nama kasih sayangnya pada adik sendiri, Trish sanggup hidup dalam percaturan perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Namun, sedikit pun tidak terkesan kepada Riya. Malah, Riya tega membuatkan rumah tangga Trish berantakan apatah lagi setelah mengetahui kebenaran yang cukup menyakitkan.
Kasih yang disemai dan dibaja, tidak membawa sebarang erti kepada Afif. Apa yang lelaki itu inginkan hanyalah imbuhan atas perkahwinan yang dirancang oleh bapanya. Biar seikhlas mana pun Trish menabur kasih, suaminya tetap angkuh dalam keegoan yang tinggi melangit.
"Ambillah balik awek kau ni. Tak payah nak rampas ke apa. Aku bagi sendiri. Aku dah puas pakai dia. Dah bosan pun. Tak reti aku nak simpan batang kayu ni lagi." - Afif
Dan Trish tertanya-tanya, apakah pengakhirannya sebuah duka yang melatari hidupnya itu? Apa yang membuatkan kembarnya menjauh pergi dan berubah laku? Tidak adakah ruang di hati Afif untuk dirinya?
🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
👒 Suka title novel sempoi macam ni. Zaman remaja dulu kalau nampak tajuk macam ni kat kedai buku memang sambar terus kadang tak baca sinopsis pun. Tapi memang best pun novel ni. Ada part sedih, part happy, part geram memang geram sangat tapi tak ada lah sampai nak baling buku huhuhu..time tengah rest kat bilik tanpa gangguan lagi syok baca sebab tak sabar nak tahu ending,, ni rasa nak repeat baca lagi. Tunggu me time laa...
Post a Comment