Novel Review ~ Jejaka Macam Dia

 

                       Tajuk : Jejaka Macam Dia
                       Penulis : Daisy Zahra
                       Terbitan : Fajar Pakeer


Sinopsis Dari Novel ~~


Kerana satu peraduan cabutan bertuah yang didaftarkan atas nama Durrah, dia memenangi pakej percutian ke Langkawi.. Gara-gara pakej itu, dia bertemu dengan Juliana. Gadis yang cuba berlagak gentleman dengannya. Mengambil berat, suapkannya makanan. Mulalah Durrah fikir yang bukan-bukan, tapi ops! Dia bukannya les... Isy! Takkanlah Ju macam tu?


Luth Zafir, pernilik Perkasa Sdn Bhd. Kenapa gadis yang seorang itu degil untuk menjual tanah dan rumah yang ingin dibelinya? Farhan cakap mustahil. Baginya, mesti ada cara. Caranya... adalah! Bila dah menjadi, dia dituduh gay. Ini boleh mencabar kelelakiannya! Lebih daripada itu, Durrah turut terkena tempias.


Nama baik dan maruah gadis itu dijaja. Dia akui itu berpunca daripada kesilapannya. Ditambah dengan rasa yang bertamu, dia menyuarakan rasa hati kepada Durrah. Dia ajak Durrah kahwin dengannya!


Di bawah satu bumbung dengan suami yang tall, dark and handsome yang memang menepati ciri-ciri idamannya, mulalah Durrah tak keruan. Sikap budiman semula jadi Luth Zafir yang ditunjukkan, membuatkan hatinya degil tidak menurut kata.


"Emmm... I tak goda you pun. Bila I goda? Kalau I goda, mesti lain dah jadinya. Ke you yang dah tergoda dengan I, sayang?"


Dan, Alisya tidak senang duduk. Luth Zafir harus direbut. Dia yang kenal lelaki itu dulu, katanya. Kemunculan anak kembar Tan Sri Mokhar, Sherin dan Sherina, menambahkan lagi perisa. Pelbagai perkara mula terjadi. Dan Durrah, sungguh tak ingin kehilangan Mr. Gentlemannya!


                    🧸🧸🧸🧸🧸🧸🧸🧸


🎉 Novel ni dari awal baca sampai habis pun memang santai je. Tengah stress elok baca novel macam ni. Tak jemu repeat. Walaupun ada watak tambahan yang buat kita geram, tapi ada juga part kelakar yang korang rasa tak sabar nak tahu bab seterusnya. Tiber otak ni memikir kalau buat drama adaptasi dari novel ni, best jugak kan. Ke dah ada ea? Aku je yang tak perasan huhuhu. 

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.