Novel Review ~ Nyanyian Syahdu

 


               Tajuk : Nyanyian Syahdu

               Penulis : Weeda Airiza

               Terbitan : Alaf 21


Sinopsis Dari Novel ~~

Masih sayangkah aku kepada dirinya? Patutkah aku berterus terang tentang perasaan ini atau aku lebih rela menyaksikan kebahagiaan yang dikecapinya dan membiarkan hatiku terus diseksa?


Engkaukah itu yang dahulunya saban waktu merinduku dan berjanji tidak membiarkan aku kesepian menanti cinta yang tidak kutahu ke mana perginya?


Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin. Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya.

Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?


                    🥁🥁🥁🥁🥁🥁🥁


🎶 Sesekali repeat baca novel lama best jugak. Novel ni padat dengan elemen bukan percintaan je, tapi persahabatan, kesetiaan, kepercayaan dan kejujuran. Pahit manis jalan percintaan seorang Shazrin bila lelaki yang dicintai bergelar selebriti terkenal. Dan macam mana watak seorang selebriti iaitu Khazrul yang punya rasa ingin mencintai dan dicintai seperti orang lain tapi dalam masa yang sama perlu membahagikan masa dengan kerjaya yang diimpikan, kelab peminat yang sentiasa menyokong. Kat situ lah bermulanya konflik kejujuran dan kepercayaan. Tapi bagi aku novel ni santai dan tak berat sangat. Dari awal baca memang excited rasa nak tahu bab seterusnya. Ada elemen suspen jugak yang tak dijangka. Jadinya, "Nyanyian Syahdu" ni salah satu bacaan kegemaran aku juga di masa lapang. 



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.