Novel Review ~ Pilihan Hati Mr. Millionaire

 

             Tajuk : Pilihan Hati Mr. Millionaire 

             Penulis : fara hana

             Terbitan : Suara Hati Publication 


Sinopsis Dari Novel ~~

TENGKU DENNIS... bagai bulan jatuh ke riba. Begitulah perumpamaan bagi kehadiran lelaki itu dalam hidup Lisa. Kedudukan dan kemewahan yang dimiliki lelaki itu telah mengubah kehidupan Lisa sepenuhnya bagaikan malam berganti siang. Atas bawah kiri kanan dihiasi dengan kemewahan sehinggakan Lisa turut hanyut dalam dunia yang dicipta oleh lelaki itu.


LISA... apalah sangat dengan perempuan kampung tu, buat enjoy waktu muda ni okeylah. Begitulah niat yang disimpan oleh Tengku Dennis terhadap Lisa pada awalnya. Tapi, kuat mana aje hati jantan dia tu? Lama-kelamaan, jadi berat hati pula nak melepaskan perempuan kampung itu daripada hidupnya:


"Awak tipu! Saya tau awak yang ambik. Kalau bukan awak siapa lagi? Tengah-tengah laut pula tu. Takkanlah ada pencuri. Saya tau saya belajar tak tinggi tapi saya tak bodoh tau. Bak balik!" - Lisa


"La... sedar diri rupanya. Ingatkan tak sedar diri. Tapi tak apa, belajar tak tinggi pun boleh pakai branded jugak, kan?" - Tengku Dennis


Mr. Millionaire dan gadis kampung... datang dari dua dunia yang berbeza, lahir dari jalan cerita yang tak sama. Ini kisah kehidupan mereka yang hanyut bersama melayari lautan kemewahan dunia sehingga akhirnya mereka menemui salah satu tujuan hidup sebenar.


                 🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀


🧸 Novel ni penuh dengan pengajaran yang boleh diambil. Antaranya jangan terlalu leka dengan godaan dunia hingga akhirnya memusnahkan diri sendiri dan orang tersayang. Hargailah peluang kedua yang datang dalam hidup kerana belum tentu peluang tu akan datang lagi. Novel ni plot nya tak berat mana pun, still korang akan rasa santai, ada masa tersenyum part romantik, nak tergelak part kelakar dan ada juga part sedih standby tisu hehehe,,,



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.