Setelah Seminggu Bercuti Sekolah...

 


Kisahnya hari ini hari pertama Firas bersekolah setelah seminggu bercuti bertapa kan. Walaupun ibu memastikan Firas tidur awal semalam, tapi still mencabar nak kejut pagi tadi ye. Bila dipujuk hari ini cikgu ada buat aktiviti lumba lari, baru dia melompat bangun nak mandi hahaha...


So alhamdulillah pepagi ni semua berjalan lancar cikgu tak ada la contact ibu mengadu hal Firas ke apa. Time ibu ayah ambil balik sekolah pun kebetulan ayah weekend, muka dia happy jela. Tengah seronok time tu bermain kat taman dalam tadika dengan kawan-kawan. Dua tiga kali cikgu panggil baru la dia ambil beg dan pakai kasut. 


Muka masam tu tak ada kena mengena pun dengan first day school. Lebih kepada mood swing sebab ibu ajak pegi pasaraya kejap tapi lupa pula bawak baju spare untuk Firas. Jadinya agak tak selesa la pakai uniform sekolah lelama kan dengan cuaca yang agak panas terik hari ni. 


Sudahnya ayah kata balik jela kejap tukarkan baju Firas. Mujur tak jauh lagi dari rumah kan. Haihh la anak. Ermm cuaca macam ni ibu teringin pulak nak minum air kelapa. Jom laa sesambil kita cari,,



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.