Young Living Essential Oils | Seedlings Calm

 


Rasanya macam dah tersangat lah lama aku dah tak buat entri pasal Young Living Essential Oil. Dulu zaman rajin menjual memang kerap la mengupdate bukan kat blog je tapi kat media sosial jugak kan. Yang tahu tu tahu la,,


Walau pun dah tak aktif menjual produk Young Living dek kesibukan hakiki, tapi aku masih lagi menggunakan sebahagian produknya terutama Essential Oil atau lebih mudah dipanggil EO. Yela family pun dah terbiasa aroma EO dari YL sejak beberapa tahun sebelum ni lagi. Jadi masih lagi topup EO kat rumah ni ikut keperluan. 


Oh ye berbalik pada EO yang aku nak story kat korang hari ni, iaitu Seedlings Calm. Bagi peminat EO YL mesti dah kenal sangat dengan EO Seedlings Calm ni kan. Antara EO yang harganya mampu milik bawah 100 ringgit kan. Tapi yang paling penting benefit nya. 


Dalam EO Seedlings Calm ni ada campuran dari EO Lavender, Coriander, Bergamot, Ylang Ylang & Geranium. Baunya sangat lembut dan menenangkan. Best bila diffuse lagi time nak tidur. Si kecil pun kurang meragam. 


Biasala bila anak yang sedang aktif seharian bila malam kadang meragam susah nak tidur kan, diffuse EO ini boleh juga digunakan sebagai salah satu ikhtiar kan. Bagi aku yang pernah mencuba ni, ianya memang membantu untuk tidur yang tenang dan lena. Bukan untuk si anak je, parents nya jugak. So relaxing bau nya nak explain kat sini pun tak reti. Hilang rasa penat seharian bila memalam diffuse EO Seedlings Calm. 


Ok sampai sini je kita nya story. Next in sya Allah banyak lagi aku nak share kebaikan EO Young Living yang aku pernah guna,,,see ya! 




No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.