Apa Ada Dalam Handbag Aku? ~ Tiger Balm
Belek punya belek artikel lama kat blog aku ni terjumpa lak satu artikel 'apa ada dalam handbag aku?' wehh dulu kisahnya aku pernah nak jadikan story ni sebahagian dari entri blog. First sekali aku story pasal biskut BelVita. Kalau rajin nak baca boleh klik SINI
Lepas tu kan, macam terhenti kat situ maksudnya itu jela sekali aku buat entri pasal tu. Padahal banyak je boleh cerita tang benda-benda dalam handbag ni. Faham-faham jela handbag perempuan ni kan macam-macam hado..
Oklah kita kembalikan balik kisah apa dalam handbag ni ye. Harap korang tak boring dan nak muntah pulak baca pasal ni. Hahaha blog aku ni dah jadi sebahagian story hidup aku. Meski tak semua diceritakan kat sini, tapi memang ikut dan otak aku je rasa nak buat entri pasal apa. Kalau mood blogging tak mai kang sendu terus berbulan tak update beb.
Okay kali ini salah satu benda wajib ada dalam handbag aku ialah Tiger Balm. Rasanya ramai je yang tahu dengan balsem yang dah ada turun temurun ni, membantu untuk melegakan pelbagai ketidakselesaan seperti sakit kepala, hidung tersumbat, gatal-gatal gigitan serangga dan lain-lain.
Aku memang since zaman remaja sekolah menengah pun memang sentiasa bawak Tiger Balm ni. Biasala zaman sekolah menengah dulu kerap senggugut ni salah satu penyelamat jugak la.
Wokehh sini jela entri untuk 'apa ada dalam handbag aku' ,,, next time in sya Allah kita story lagi. Nak sambung layan movie jap....
Post a Comment