Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

 


Ayam Brand Meneruskan Komitmen Malaysia Lebih Sihat Menerusi Penganjuran Kempen Komuniti Penyayang Tahunan Ke-17

Kempen tahun ini memberi tumpuan kepada pemakanan sihat dan kecergasan fizikal 

Johor Bahru, 15 Oktober, 2024 – Ayam Brand™, satu jenama terkenal selama 132 tahun yang dikenali dengan pilihan meluas dalam makanan tin berkualiti tinggidan mudah serta tanpa bahan pengawet dan tambahan MSG, serta merupakan pemegang sijil Halal komited dalam meneruskan Kempen Komuniti Penyayang 2024. Inisiatif yang bertujuan untuk memberikan manfaat berterusan kepada masyarakat ini telah diperkenalkan sejak tahun 2008. 


Bertemakan #AyamBersamaMu Sihat & Cergas, kempen tahun ini bermatlamat untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak di seluruh Malaysia. Memasuki tahun ke-17 penganjurannya, kempen Ayam Brand ini telah memanfaatkan lebih 28,350 individu daripada 635 organisasi bukan kerajaan (NGO) dengan membabitkan penyediaan lebih 2.2 juta hidangan berkhasiat. 

Kempen tahun ini akan memberi tumpuan dalam membentuk tabiat pengambilan makanan yang berkhasiat yang mengandungi Omega-3 agar kanak-kanak lebih sihat. Selain itu, fokus juga diberikan dalam mempromosikan gaya hidup aktif dalam kehidupan anak-anak ini agar dapat melahirkan generasi rakyat Malaysia yang lebih cerdas. 


Di negeri Johor, kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 199 kanak-kanak daripada 4 NGO dengan menyediakan mereka 35,280 hidangan berkhasiat yang juga enak. 


Menerusi kerjasama Hospital Columbia Asia, Focus Point Group serta pakar-pakar pemakanan dan kecergasan, Ayam Brand akan mengadakan bengkel pemakanan sihat bagi membimbing kanak-kanak mengenai pilihan makanan yang lebih berkhasiat berdasarkan konsep 3S (Suku-suku Separuh) Pinggan Sihat Malaysia, serta rutin senaman yang boleh dilakukan kanak-kanak di rumah serta cabaran kecergasan untuk menggalakkan mereka kekal aktif.

Menurut Cik Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran A. Clouet (Malaysia) Sdn Bhd, Ayam Brand percaya bahawa semua pihak layak mendapat akses terhadap makanan berkhasiat dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan yang sihat. 

“Menerusi program keprihatinan komuniti tahunan ini, kami berhasrat untuk memperkasakan individu dan komuniti untuk membuat perubahan positif kepada kesihatan dan kesejahteraan diri mereka,” katanya. 

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan bahawa pengambilan asid berlemak Omega-3 dalam kalangan rakyat Malaysia pada masa ini adalah rendah dan terdapat tiga cara untuk menangani isu ini iaitu peningkatan pengambilan bijirin seperti kekacang; tauhu dan ikan, menggunakan minyak masak yang mengandungi Omega-3 serta mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3. 


“Omega-3 adalah amat penting untuk kesihatan jantung, otak, saraf, kulit dan mata. Sepanjang kempen ini, kami menyediakan produk yang mempunyai kandungan Omega-3 dengan matlamat untuk menyediakan satu khasiat utama bagi kanak-kanak terlibat. Bagi tahun 2024, kami juga mengintegrasikan kecergasan dalam kempen yang dianjurkan agar menggalakkan gaya hidup sihat yang berterusan.” 


“Pada masa ini, Malaysia menunjukkan peningkatan pertumbuhan yang terbantut dan kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Sehubungan itu, kami ingin mengambil pendekatan proaktif untuk mempromosikan gaya hidup yang sihat dan program kecergasan ke dalam kempen yang dianjurkan. Menyedari bahawa negara masih berhadapan dengan cabaran obesiti, kita perlu memulakan langkah untuk menangani isu tersebut,” tambah Teoh.  


Laporan berita baru-baru ini menunjukkan kesedaran kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah. Negara ini mempunyai bilangan kes tertinggi diabetes dan obesiti di rantau Asia Tenggara. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mendedahkan bahawa satu dalam setiap tiga kanak-kanak di sekolah mengalami masalah lebihan berat badan atau obes. 

Ayam Brand juga bekerjasama dengan Focus Point Group bagi memastikan kesihatan mata kanak-kanak dalam keadaan baik. Bagi kanak-kanak yang memerlukan kaca mata akan menerima tajaan Ayam Brand bagi membantu penglihatan mereka. 

“Kami meneruskan usaha penjagaan kesihatan mata kanak-kanak bagi kempen tahun ini kerana analisis global melaporkan penglihatan kanak-kanak masa ini kian merosot dengan satu dalam tiga daripada mereka rabun atau tidak mampu melihat objek jauh dengan jelas. Laporan tersebut turut menyebut bahawa kadar tertinggi isu ini adalah di Asia. Sehubungan itu, Ayam Brand ingin membantu kanak-kanak yang terjejas agar mereka dapat melihat dengan lebih baik,” Teoh menghurai lanjut. 


“Kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada kempen Ayam BersamaMu Sihat & Cergas Ayam Brand. Kolaborasi ini sejajar dengan komitmen Columbia Asia untuk menggalakkan gaya hidup sihat dan kesejahteraan dalam kehidupan. Dengan menawarkan kepakaran dan sumber kami kepada rumah-rumah amal terlibat, kami berharap untuk membentuk impak yang signifikan terhadap kesihatan dan kualiti kehidupan kanak-kanak di sana,” kata Cik Gwen Yap, Pengurus Pemasaran Serantau, Columbia Asia. 

Di Johor, penerima manfaat kempen ini adalah Pertubuhan Kebajikan Shan De Johor Bahru, Pertubuhan Kebajikan & Rumah Anak Yatim Shafar, Pertubuhan Kebajikan Puspanesam dan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor (RUMAH BARKAT). 



Mengenai Ayam Brand™

Ayam Brand™, adalah satu jenama warisan Tanah Melayu terkemuka di Malaysia dan Asia selama 132 tahun yang dikenali untuk pilihan meluas makanan dalam tin berkualiti tinggi dan sihat yang bebas daripada bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk-produk Ayam Brand™ dihasilkan di kemudahan-kemudahan berteknologi terkini yang memenuhi standard antarabangsa tertinggi dan menerima pensijilan yang diiktiraf antarabangsa (HACCP, ISO 9001). Rangkaian produk Ayam Brand™ juga telah menerima pensijilan Halal. Ayam Brand telah disenaraikan dalam senarai putih Jakim sebagai Jenama Makanan Halal Yang Diyakini.Ayam Brand™ telah disenaraikan sebagai antara 10 Jenama Pilihan FMCG Malaysia, menurut Kajian Jejak Jenama Asia 2023 oleh Kantar Worldpanel.


Tentang Columbia Asia

Kumpulan hospital Columbia Asia, yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1996, adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan antarabangsa yang mengendalikan kemudahan perubatan di Malaysia, Indonesia, dan Vietnam. Hospital-hospital Columbia Asia kini merupakan sebahagian daripada Asia OneHealthcare, yang dimiliki majoriti oleh Kumpulan Hong Leong dan firma pengurusan aset alternatif global, TPG. Sejak penubuhannya, Columbia Asia dengan penuh dedikasi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang cemerlang di seluruh Asia Tenggara selama lebih dari dua dekad. Dengan 27 kemudahan perubatan canggih di Malaysia (18), Indonesia (8), dan Vietnam (1) yang terletak secara strategik di kawasan berpenduduk padat, ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan sebaik mungkin yang berdekatan dengan tempat tinggal, serasi dengan tagline syarikat – Right Here for You. 

  

Penekanan Columbia Asia adalah pada pengesanan awal penyakit melalui teknologi terkini untuk mendapatkan diagnosis yang tepat lantas meningkatkan lagi prosedur yang kurang invasif. Untuk memenuhi keperluan penjagaan kesihatan komuniti secara umum, dari pencegahan penyakit sehingga rawatan, Columbia Asia menawarkan disiplin-disiplin utama seperti Obstetrik & Ginekologi, Pediatrik, dan Pembedahan Umum. Ia juga menawarkan perkhidmatan Columbia Asia juga merangkumi penjagaan kesihatan tersier yang melibatkan bidang perubatan yang lebih kompleks seperti pembedahan neuro, rawatan penyakit jantung, dan penjagaan kanser berintegrasi. Seiring dengan pertumbuhan komuniti, hospital Columbia Asia berkembang untuk menampung keperluan penjagaan kesihatan yang meningkat. 

 

Columbia Asia menegakkan tadbir urus klinikal yang ketat dan etika perubatan, yang membawa kepada hasil penjagaan pesakit yang cemerlang. Diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia/Malaysian Society for Quality in Health (MSQH), hospital-hospital Columbia Asia diiktiraf kerana keunggulan dalam piawaian dan servis, serta khidmat kesihatan. Misinya ialah untuk memupuk masyarakat yang lebih sihat dengan menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti mudah dicapai dan memperjuangkan langkah-langkah pencegahan penyakit. 

Columbia Asia. Right Here For You.




1 comment:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.