Ayatul Mahabbah (Doa Pengasih)
Banyakkan juga amalan bersedekah. Tidak semestinya bersedekah melalui wang ringgit je, tapi dengan mendoakan kebaikan orang lain, murah dengan senyuman, berkongsi ilmu pengetahuan dan berkata yang baik-baik.
Rasa nak berkongsi satu doa pengasih atau ayatul mahabbah ni. Dari surah Ali Imran ayat 31. Bagus diamalkan untuk pengikat kasih sayang antara suami isteri, anak-anak, keluarga dan sesama manusia. Tak kisah lah sama ada yang sudah berumahtangga atau belum.
Dari zaman remaja dulu pun mak memang ada share ayat ni kat aku. Pesannya amalkan setiap kali teringat dan niat kerana Allah. Alhamdulillah, boleh nampak kesannya dalam kehidupan seharian.
Post a Comment