Team Firas Juara Hari Sukan Tadika 2024

 


Alhamdulillah. Selesai sudah acara hari sukan tadika Firas sabtu lepas yang dianjurkan di Savannah Hill Resort, Ulu Tiram. Dalam kekalutan entri pepagi kita nya sibuk buat potluck tu, selesai juga seperti yang dirancang. Syukur suami juga dapat cuti weekend untuk sama-sama menguruskan anak. 

Bukan apa gaiss, kerja tentera bukan suka suki boleh cuti atau pelepasan walaupun hujung minggu. Kalau ada tugasan yang memanggil, kami tak boleh kata apa la. Memang sedia maklum dari awal lagi. Ibu pun dah beritahu kat Firas dari awal lagi, kalau ayah busy tak boleh cuti kita pergi berdua jela sports day tu. Janji Firas happy happy dengan kengkawan. Tapi tula perancangan Allah selalu yang terbaik dan ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah. 

Sampai di Savannah Hill Resort sekitar 7.45 pagi cuaca sejuk nyaman je. Sempat cuit suami lain kali kita datang sini holiday syok jugak. Biarlah dekat pun. Tapi suasananya memang jauh dari kesibukan kota. Sesuai buat acara family atau company kat sini. Tak dan nak ambil gambar sekitar Savannah sebab sibuk sampai-sampai je Firas nak prepare untuk perbarisan. It's ok next time kita berhealing kat sini. Nanti kami explore lagi tempat ni. 

Berbalik kepada hari sukan tadika baru-baru ini, ada empat kumpulan rumah sukan. Kumpulan hijau, kuning, merah dan ungu. Firas dalam kumpulan hijau. Excited juga ibu sebab waktu sekolah dulu ibu tak pernah lagi duduk dalam rumah sukan hijau. Beberapa minggu sebelum hari sukan kami ibu bapa dan guru berbincang dalam grup Whatsapp mengenai pakaian, potluck dan lain-lain. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang. 

Ibu pun tak ingat acara yang dipertandingkan. Tapi Firas dan kawan-kawan enjoy sangat dengan sukaneka. Ditambah pula sokongan dari ibu bapa yang sama-sama bersorak untuk semua anak-anak. Acara untuk parents pun ada hehehe memang happening la bermacam-macam ragam. Terbaik idea daripada guru-guru yang menjayakan. 

Alhamdulillah rezeki team kami rumah sukan hijau menang johan tempat pertama kategori sukaneka anak-anak dan juga kategori ibu bapa. Pulun habis hehehe. 

Korang tahu tak, aku ni awalnya risaukan Firas bila melibatkan sukan, walaupun Firas memang minat sangat aktiviti macam ni, tapi yang tahu je tahu mood si anak ni yang kadangkala berubah mengikut keadaan. Awal tu beria ayah bagi pesanan dan semangat. Si anak hanya menganggukkan kepala je. Tapi syukur Firas memang bebetul excited bersukaneka dan tak meragam langsung. Dari awal acara sampai habis memang dia enjoy sampaikan ada masa tu dia macam penat dan cikgu kata boleh rehat tak payah join game tu tapi dia masih nak join. 

Tahniah Firas dan anak-anak rumah sukan hijau. Tahniah juga cikgu Siti yang banyak membantu bersungguh-sungguh dari awal sampai habis demi kegembiraan anak-anak. Juga ibu bapa yang sama-sama menyokong. 

Banyak perubahan Firas sejak ada kat tadika ni. Dulu ibu selalu risau Firas tak pandai bila bergaul kat luar tapi makin lama progress yang bertambah baik tu ibu nampak. Sebenarnya sebelum ke sekolah dulu pun Firas ok je bergaul lagi-lagi bila ke playground atau taman tema memang ok je happy dan aktif bermain dengan rakan sebaya. Tapi bila di dalam berkumpulan dan kena ikut rules tu memang ibu risau Firas tak mahu ikut. Alhamdulillah lega bila tengok Firas teruja nak libatkan diri dalam semua acara sukaneka. 

Biarlah walaupun cuma acara sukaneka kanak-kanak tadika, tapi sesuai la dengan tahap umur Firas pun. Sebab ibu cuma target Firas enjoy je dan belajar bergaul dan kerjasama berkumpulan. Tapi bila Firas buktikan Firas bukan macam yang diperlekehkan orang, Ibu sangat berbangga sebab Firas dah buktikan. Sekecil-kecil kejayaan pun ibu bangga. 

Semoga nanti Firas dah dewasa baca lah blog ibu ni ye. First medal yang Firas dapat kan tu ibu excited taip panjang-panjang. Hehehe,,, Semoga kejayaan kecil ini jadi pemangkin Firas terus berjaya dalam apa jua yang diceburi di masa hadapan ye. In sya Allah,, aaminn aaminn ya rabbal alaminn...





No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.