Hikmah Bila Kita Sabar

 


Selalu ibuku pesan dari kecil kalau nak kan sesuatu tapi rasa susah sangat dapat kena banyakkan sabar. Bila sabar katanya apa yang kita nak kita tetap akan dapat juga bila tiba waktunya. Walaupun memang tak semua benda kat dunia ni yang kita nak kita akan dapat, tapi tak mustahil kan kalau kita berusaha dan bersabar hingga nampak hasilnya. 


Kadangkala juga bila apa yang kita usahakan telah sehabis daya dan kemampuan kita beri tetapi kita masih tak berjaya menggapainya, kita redha dan sabar, bersangka baik dengan Allah, in sya Allah yakinlah selepas itu Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik yang kita tak pernah jangka pun. Ini atas pengalaman aku sendiri. Awal dulu tak terima juga kata-kata ibu dan rasa nak memberontak tiap kali usaha tak nampak hasil, tapi lama kelamaan bila semakin dewasa matang cuba praktikkan rasa sabar dan redha macam yang ibu bagitau tu, makin banyak hikmah terbaik yang berlaku dalam hidup aku. 


Ada juga situasi orang merendahkan atau memperlekehkan usaha kita, tang ni memang aku akui susah juga nak ada rasa sabar tu kan. Tak salah kan kalau nak berdebat sikit untuk pertahankan diri kita. Tapi tak perlu meleret-leret atau berpanjangan la. Kalau tak kita sama je macam dia. Apa yang paling penting kita sabar dan teruskan usaha dalam mencapai apa yang cita-citakan. Bila kita dah buktikan usaha kita, individu yang suka bagi kita down ni akan diam sendiri. 


Kalau dia still merendahkan diri setelah kita berjaya pun, lantakkan. Sentiasa ada manusia 'joykiller' di mana-mana. Kita berjaya untuk kepuasan dan pecapaian diri kita sendiri, bukan untuk orang lain. Kita takkan boleh mengawal tindakan orang lain, tetapi kita boleh mengawal tindak balas kita sendiri kepada orang. Teruskan berbuat baik dan sabar, jangan biarkan kebahagiaan kita berlandaskan kepada penerimaan orang lain. Bahagia cara kita. 


Tindakan kita baik atau buruk, itulah yang akan mencerminkan watak kita. Tak rugi pun jadi manusia yang penyabar. Kita akan lagi nampak "mahal". Dan percayalah hikmahnya kita akan tenang dan lebih fokus pada kehidupan dan impian kita.





2 comments:

  1. sabar memang ada balasannya, tapi tulah..tak payah cakap org lain, linda sendiri...susah beno nak sabar...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Kita manusia kadang ada limit juga tahap kesabaran.

      Delete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.