Ibu Belanja Maggi Goreng Mamak

 


Haiii korang, jumpa lagi di entri yang baru. Rajin betul aku merapu sejak dua menjak ni kan. Entah lah, rasanya puas sangat bila dapat bercerita kat platform blog ni. Macam tak nak berhenti jari ni menaip. Hehehe 

Bukan apa korang, banyak kali je aku pernah terhenti kejap dari menulis kat blog ni dan ianya berlarutan sampai bersawang berkarat dah blog ni. Sayang lah kalau blog ini diabaikan. Susah payah nak mulakan dahulu. 

Oklah sebelum tidur nak menulis kisahnya kat tajuk tu tadi keluar sekejap lepas solat maghrib untuk cari keperluan aktiviti sekolah Firas. Since suami pun busy bertapa outstation, aku roger salah seorang rakan merangkap jiran setaman, Amy untuk mintak tolong bawa kami keluar kejap. Tak berani la nak gerak sendiri memalam. Alhamdulillah terima kasih kaum keluarga, jiran dan sahabat yang tak pernah jemu membantu di saat memerlukan pertolongan. 

Kebetulan mak aku pun nak ikut untuk beli stok ubat di farmasi. Alhamdulillah segala yang diperlukan dapat dicari dan smooth je urusan tak buang masa lama pun. Biasalah semakin bertambah umur malas betul nak berlama-lama bila di luar. Lega belum pukul 9 malam pun dah selesai semua urusan.

Dalam perjalanan dan berurusan tu sempat juga kami berbual kosong. Macam-macam cerita, si Amy layan aku membebel mengenai ragam Firas yang agak liat nak bangun pagi ke sekolah, dia pula berkongsi mengenai cerita mengenai ragam berebut parking di tempat kerjanya. Pernah sampai bertarik rambut pun ada menurutnya gara-gara parking. Bukan tak ada parking katanya, cuma masing-masing berebut nak yang paling dekat dengan pintu masuk company. Alahai macam ni punya manusia pun ada ye. Hidup dah mudah, nak lagi mudah..sadis betul,,,

Nak dekat sampai rumah tu mak yang sedari tadi diam je ajak singgah makan di restoran mamak dulu. Jarang-jarang mak yang ajak lepak mamak ni. Amy pun ok je. Aku fikir punya fikir menu apa nak mamam, order la sepinggan maggi goreng mamak. Macam dah lama rasa tak order menu ni bila pi mamak. Kat sini kami tak berapa nak sembang sangat macam dalam kereta tadi, memasing busy mengadap rezeki. Aku pun dok syok layan maggi goreng yang menyelerakan ni, jadinya aku just nak menikmati setiap suapan.. ahahaha

Macam biasa la maggi goreng mamak memang tak pernah mengecewakan gaiss..suasana bising dalam restoran pun tak peduli dah, fokus keenakan maggi goreng tu je. Hahaha dasar pencinta makanan. 

Ok settle makan semua tiba-tiba mak offer pulak nak bayarkan semua makanan kami. Si Amy ni macam malu-malu nak juga keluar duit pergi kat kaunter tapi mak bising nak belanja juga. Alhamdulillah terima kasih ibu berkongsi rezeki dengan kami, semoga ibu dimewahkan lagi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik selalu..aaminn



6 comments:

  1. sama lah cie dulu aktif blog. pernah tak konsisten sekejap view drop teruk. sejak tahun lepas baru mula aktif semula. rugi kalau biarkan je blog yang kita dah bina bertahun. btw nampak sedap maggi goreng tu.

    ReplyDelete
  2. Hahaa samalah kita. Blog dah bersawang sejak ada anak. Ni baru ada kerajinan mcm nak blogging srmula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan samalah anak dah besar sikit baru mood datang balik

      Delete
  3. Maggie goreng mamak memang sepesel

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.