Kari Ayam ‘Special Delivery’ dari Sahabatku
Alhamdulillah di hari jumaat ini datang lagi rezeki tak disangka kari ayam dari sahabatku Ida. Tahu-tahu anak dara nya Putry muncul depan rumah hantar. Siap tulis nama 'Cik Faizah' atau lebih tepat Acik Faizah hahaha,,, Mudah anaknya nak ingat hantar ke rumah siapa kan. Terima kasih sahabat selalu berkongsi rezeki. Semoga dimewahkan lagi rezekimu sekeluarga dan dipermudahkan segala urusan,,aaminn...
Yang bestnya kari ayam ni dia sendiri masak, kawan yang seorang ni masak apa memang jadi je air tangan dia. Simple simple pun tapi kari dia memang padu macam masakan mak mak dulu dulu, pekat dan cukup rasa. Mohon dia baca lah blog aku ni, kot next nanti dapat lauk free lagi hehehe gurau gurau,,,
Dengan kawan ni kan tak habis sembang berdepan, kejap lagi sambung pulak sembang kat group Whatsapp. Kadang tu bersambung pula kat komen Facebook atau Instagram. Gitulaa,, Kat TikTok pun kadang menyempat hahaha lagi kalau share link mengenai isu semasa atau shopping barang kat TikTok Shop.
Bersyukur dikelilingi orang yang baik-baik. Semoga ukhuwah kita semua terpelihara dan berkekalan sampai bila-bila.
Alhamdulillah.
ReplyDeleteDikelilingi orang baik-baik itu satu rezeki.
Kan. Syukur alhamdulillah
DeleteBagusnya ada kawan camni.. Masak sedap pulak tu.. Semoga dia baca lah blog mu...Dapat free lagi Nanti.. Hahahaa..
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki dikongsi bersama gitu... Semoga dilimpahkan rezeki buat si pemberi..Aamin
Hahaha kan harapnya lah. Alhamdulillah aaminn,,
Delete