Kehebatan Diam: Membalas Negatif dengan Tindakan, Bukan Kata-kata

 


Salam jumaat semua pembaca yang baik hati. Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini dan hari-hari seterusnya. 

Dalam kehidupan bermasyarakat ni kan, kita tak akan dapat mengelak dari berjumpa dengan individu yang negatif. Dari zaman sekolah, universiti hingga ke alam pekerjaan. Kadang kalau kau duduk rumah santai-santai pun boleh terjumpa manusia negatif, biasalah kan di zaman sosial media ni. 

Sebelum ni pun rasanya ada aku luahkan kat entri yang aku paling tak suka dengan orang yang memanjang negatif. Lagi pula dia negatif orang sekeliling pun terpalit sekali. Dari zaman budak-budak pun aku dah jumpa, tapi tak kisah sangat sebab time tu tak matang lagi kan, tak tahu beza sepenuhnya baik atau buruk sesuatu tindakan. Tapi bila dah besar panjang pun masih bawa perangai negatif dan mengganggu ketenangan orang lain, haa tu memang tak patut. 

Lagi pula kalau jenis yang kategori narsistik lagi naya beb. Memang dia akan manipulasi kau dalam pelbagai cara. So macam tajuk aku tu, salah satu cara aku atasi orang macam ni ialah dengan buat tak tahu dan diam. Dalam bahasa aku 'buat kering je'. 

Ada juga seorang kawan nasihat cakap jangan terlampau diam sangat, nanti orang pijak. Yes, kalau dah melebih sampai memperlekehkan maruah keluarga atau seumpamanya memang kena la jugak dengan mulut aku ni. Tapi kalau setakat hal remeh dan tak bagi kesan dalam kehidupan aku, memang aku lantakkan je. 

Sebab dari pengalaman sendiri dan yang aku pernah dengar dari kengkawan dan family, orang yang negatif ni lagi kau layan lagi jadi dia. Lagi seronok dia bila kita balas negatif dia tu. Dan kita lak tak memasal stress. Buang masa je melayan. 

Point nya kalau korang rasa betul apa yang si fulan katakan tu memang kelemahan diri kita, ubahlah diri ke arah yang lebih baik. Gunakan masa dan tenaga kita untuk perbaiki diri dan bukan untuk berbalah. Yang untungnya di kemudian hari kita jugak kan. Nanti bila kita dah success si fulan akan malu dan terdiam sendiri. 

Kalau dia tak diam dan masih negatif? Ermm memang ada sesetengah yang jenis lagi korang maju ke depan dia akan usaha cari kelemahan korang atau akan down kan kita. Cara aku atasi orang macam ni? Pun lantakkan. Hidup ni bukan perlumbaan gaiss.. kita majukan diri untuk kepuasan diri kita, bukan untuk kepuasan orang lain. 

Dalam situasi di mana orang lain merendahkan atau mengkritik, kita ada kuasa dalam memilih untuk tidak memberi respon secara langsung. Sebaliknya, kita menunjukkan keupayaan diri melalui pencapaian dan usaha. Memberi tumpuan kepada perkara positif dalam hidup adalah balasan terbaik kepada mereka yang hanya melihat kelemahan korang.

Hakikatnya orang merendahkan kita untuk buat diri dia nampak lebih baik. Jadi for me ignore jela buktikan korang bukan macam yang diperkatakan. Tapi dalam masa yang sama teruslah berbuat baik. Selalu orang kata kalau orang dah tak suka kita elak atau jauhkan diri, tapi aku tetap pilih untuk berbuat baik meski tidak dibalas dengan baik. Sebab tujuan kita buat baik tu pun kerana Allah, bukan sebab nak penghargaan manusia. In sya Allah hati lebih tenang lepas tu dan apa yang kita buat semua jadi lancar. 

Macam terpanjang lebar lak aku celoteh kali ini. Kuikuikui,, Dah lama dok dalam draft entri ni. Hari ini baru terlebih kerajinan nak edit dan publish. Gambar pun bagi gambar langit jela. Boleh laa buat ada ada,,, Alright korang, jumpa lagi di entri seterusnya. Jaga diri sayangi diri ya! 



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.