Kisah Tukar-Tukar Hadiah
Ni je menyempat bergambar hi tea. Kak Nor ni lah yang rezeki aku cabutan dapat hadiah dari dia. Hadiah yang bermanfaat. Alhamdulillah,,
Kisahnya beberapa minggu yang lalu aku menghadiri hi tea di tempat kerja suami. Tapi ni para isteri je yang terlibat. Kira meraikan jasa isteri yang banyak bagi sumbangan kepada pekerjaan suami.
Tema hitam putih. Cantik dan elegan. Tapi itulah kali ini tak dan nak bergambar bebanyak macam selalu disebabkan selesai je majlis tu kami berkejaran pulak pulang ke rumah untuk ambil anak ke event malamnya. Tapi syukur dalam hari yang penuh kekalutan masa tu Allah permudahkan semuanya.
Bila hi tea ni bukan sekadar makan je, ada macam-macam aktiviti menarik seperti teka teki, acara suka suka macam tu la. Dan kemuncak event ni adalah sesi tukar hadiah. Ni yang panjang sikit kisahnya nak cerita.
Macam biasa seminggu sebelum event dah dimaklumkan setiap seorang dari kami kena bawa hadiah dan nanti kami tukar-tukar la sesama kami mengikut cabutan nama. Mesti ramai je yang tau kan aktiviti macam ni. Excited la juga aku bila ada macam ni awal dah beli dan siap bungkus semua. Tinggal masa hari kejadian nak capai dan bawa je.
Tapi itulah, kita hanya mampu merancang, disebabkan kekalutan macam yang aku perkatakan tadi tu, boleh pula hadiah tu tak bawa, padahal sebelum gerak tu ada je aku bagi masa kat diri beberapa minit untuk ingat apa lagi yang nak dibawa. Haihh laa kalau dah faktor umur tu tak dapat nak menidakkan menjadi-jadi kejadian pelupa ni.
Hadiah yang sepatutnya dibawa, tak apa lah mungkin rezeki tetamu yang datang ke rumah ke nanti,,,Aku sedar pun setelah tengok kawan-kawan pegang beg bawa hadiah. Aku macam tergamam beb..dalam hati ya Allah cuma fikir cepat macam mana nak cari hadiah last minit ni. Nak beli jajan kat kedai dekat tu ke macam mana. Aduiii blank terus, jatuh kejap otak ni rasanya.
Tetapi Allah maha penyayang bagi jalan keluar. Tergerak untuk call seorang sahabat ni dan minta pertolongannya. Mujur lah kawan tu tak gerak lagi. Bermakeup lama sebab beliau antara individu yang diraikan hari ini. Aku gelabah la minta tolong dia belikan sesuatu dan beg cantik sebagai ganti hadiah yang lupa nak dibawa tu. Nanti aku bayar kemudian janji settle beb. Tapi Allah lorongkan aku untuk aku call orang yang betul ye, katanya kebetulan dia memang ada buat hadiah spare yang siap dibungkus. So katanya ambil jela sebagai ganti tu. Aku macam Allahu lega sangat. Thanks beb, dari awal kenal kau sampai hari terakhir pun kau masih berjasa dengan aku. Hanya Allah je yang dapat balas segala budi baik mu,, Tak dan nak bergambar ke selfie dengan kau, famous dia harini orang yang diraikan. Takpe next time kita selfie rumah pun dekat no hal laa,,,
Hadiah yang jadi penyelamat. Thank u so much my dear friend ida, kak fida,,, hadiah ni dapat kat Kak Ita, juga salah seorang geng yang diraikan hari tu.Alhamdulillah selesai bab hadiah, tiba masa bertukar tu dapat hadiah dari seorang kawan yang rapat juga, dan rezeki lagi dapat hadiah kus semangat besarnya beg dan bungkusan. Dalam hati tertanya-tanya dan terfikir mesti gempak hadiah ni macam hadiah kahwin hahaha... Yela kotak besar kan..
Hadiah yang aku dapat,,,
Tak menyempat nak buka hari itu, keesokan hari baru buka......yes benar bagai difikiran hadiah gempak dapat buffet tray. Memang kat rumah kami ada juga beberapa buffet tray, tapi bila ditambah lagi memang seronok la. Memudahkan bila ada kenduri ke apa kan, tak payah kalut last minit nak pinjam ke apa kalau tak cukup tray.
Alhamdulillah terima kasih semua yang berkongsi rezeki masa hi tea tu. Kawan-kawan yang baik dan ramah, yang berkongsi hadiah dan yang membantu mudahkan urusan. Sayang korang! Semoga berkekalan persahabatan kita sampai bila-bila walau di mana pun haluan kita nanti. In sya Allah,,, aaminn aaminn ya rabbal alaminn.....
Alhamdulillah, seronoknya dapat hadiah...
ReplyDeletelinda pun ralat jugak nie, last majlis high tea tak dapat pergi sebagai orang yang dirai...lepas nie no more Bakat..suami dah nk TTP bulan 12 nie
Ye betul sis. Ni pun raikan geng yang suami otw nak bersara. Sayangnya tak dapat join, takpela ada rezeki lain menanti. Happy lak tengok geng pencen, suami dah depan mata hari hari. Hehehe
DeleteSementara nie, dok lah depan mata dulu.. Next tak tahu lah, sebab linda tak dapat tukar lagi ke kampung..sebab suami plan nak balik kampung lepas pencen... Kikiki..
Deletewah seronok dapat hadiah dan bertukar2 hadiah gitu..lama tak buat dgn kawan2
ReplyDeleteKan kak. Suka cara macam ni
Delete