Kunafa Crispy Kota Tinggi

 


Hai korang jumpa lagi kita dalam entri yang baru. Sekejapan rasa masa berlalu sekarang ni. Tak lupa lagi last week hari yang sama dok pening mencari keperluan untuk pelbagai event bulan Oktober ni. Stress betul rasa time tu. Tapi mujur la masih dapat mengawal emosi ni. Rasa satu kemenangan bila berjaya mengawal emosi dalam satu satu situasi kan. 

Oklah kembali pada tajuk, dah lama aku teringin nak makan kunafa ni. Kalau di google banyak nama kunafa ni ea, ada yang panggil kunafeh, knafeh, kanafeh, kunaftah, kinafa, eh macam-macam lagi la. Since dari awal kat Malaysia ni aku biasa dengar orang sebut kunafa, so aku panggil kunafa jela. 

Benda tengah viral lagi-lagi bab makan, laju lah kita nya nak mencuba. Dah lama pun try makan kunafa ni, tapi baru dan nak cerita kat blog setelah lama gambar diperam.. hehehe 

Kebetulan round kat gerai makanan di Lubuk Kota depan pasar awam Kota Tinggi time tu sebab Firas nak makan ayam cucuk lidi kegemaran dia , sambil membeli tu kebetulan kami parking jauh jadi jenjalan cuci mata tengok gerai lain nampak la gerai Kunafa Crispy ni nama gerainya. Terus try beli satu. Ada pelbagai perisa tapi aku pilih red velvet. Aku kan penggemar red velvet. Agak laku keras juga ye tengok ramai yang dah order sesiap. Tak kisahla berapa ramai beratur atau berapa lama kena tunggu pun, janji aku dapat makan kunafa ku relakan hahaha,,,

Settle beli kunafa, terus ajak suami lepak kat tepi sungai Kota Tinggi. Sejenis tak sabar nak juga try jam tu terus ngap dalam kereta. Alhamdulillah first time masuk mulut dah rasa kelazatannya. Patutlah orang berebut beli ye. Suami pun suka. Jarang la tekak suami ni nak menerima makanan yang dia tak biasa. Tapi kalau dia puji tu memang sedap la. Nak explain lelebih pun tak reti, tapi dia macam ermm crispy tapi cair di mulut. Rasa red velvet pun ngam elok. Terbayang pulak sambil menaip ni..Aisehh.. rasa nak repeat lagi la gini flavour lain pulak. 

Oklah sampai sini je cerita kunafa. Next moga ada rezeki try flavour lain pulak kita cerita lagi kat blog. In sya Allah. 






2 comments:

  1. Cantiknya kunafa red velvet.
    Selalu nampak kunafa yang biasa-biasa saja.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.