Mengimbau Memori ~ Pengalaman Menakjubkan Melihat Hidupan Laut di SEA LIFE LEGOLAND Malaysia

 


Punya lama peram nak cerita kat blog pasal SEA LIFE ni baru hari ini teringah eh aku tak ada cerita kat blog pun. Dah beberapa tahun sudah zaman selepas PKP ni tapi masih perlu pakai mask time tu. 

Time ni pergi sini sebagai hadiah hari jadi Firas. Lewat sebulan juga la dek kesibukan ayah. Alhamdulillah ada rezeki lebih sikit time tu ingat nak pergi LEGOLAND theme park dah alang-alang berdepan je theme park nya kan tapi umur Firas time tu macam belum sepenuhnya excited lagi nak join adventure kat dalam tu jadi kita hold dulu la. Nanti ayah pulak yang ganti join semua game kat dalam tu hahaha,,,

Since kisah pun dah lama kan, aku malas nak ulas panjang lebar sangat. Just boleh cakap dari saat kami melangkah masuk ke dalam SEA LIFE memang menakjubkan la, mata tertumpu pada akuarium besar yang memaparkan pelbagai spesies ikan yang cantik dan berwarna-warni. Rasa seperti membawa kami ke dunia baru, memperlihatkan kehidupan bawah laut. 



Siap ada satu ruang tu kami duduk bersama dengar seorang staf menerangkan mengenai hidupan laut. Suka style dia bercerita penuh semangat. Bukan anak je dapat pengetahuan, kami parents pun boleh belajar. Selain itu, terdapat juga ruang interaktif macam tab untuk anak boleh bermain sambil mendapat info pengetahuan. Pengalaman yang sangat mendidik dan menghiburkan.

Part yang buat Firas dan kami mak pak sama teruja Satu lagi detik adalah semestinya terowong bawah air. Melihat ikan meluncur di atas kepala, fefeeling seolah-olah kami berjalan di dasar laut. Tempat ini bukan sahaja menarik bagi kanak-kanak, malah ibu bapa juga pasti akan terpukau dengan keindahan dan ketenangan pemandangan seperti di dasar lautan. 




Sekian lah pengalaman kami di SEA LIFE LEGOLAND Malaysia. Korang nak tahu lebih lanjut boleh klik je link tu. Boleh tahu info mengenai pakej dan harga. Maklumlah kami pergi dulu dah beberapa tahun lepas, mungkin ada beberapa info yang dah berubah.


Ok korang, jumpa lagi di next entri! Loveeee





2 comments:

  1. Ok nice juga Sea Life @ Legoland ni. InsyaAllah ada time dan rezeki boleh la singgah

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.