My Playlist #5
Salah satu lagu dalam playlist aku, 'All Out Of Love' nyanyian penyanyi duo Air Supply. Lagu ni released tahun 1980, aku belum dilahirkan pun lagi. Rasanya first time dengar pun dari kaset mak ayah. Yela zaman dulu radio kaset jela layan.
Rasa macam mengimbau memori juga tau lagu ni. Terbayang rumah sewa keluargaku di Taman Sri Pandan, Johor Bahru. Bila dengar lagu lama-lama je, mesti terbayang rumah tu. Huhuhu,,,
Berbalik kepada lagu, dulu masa kecik tak faham la pasal apa. Nak sebut english pun macam tak berapa nak ada bunyi. Bila dengar balik dan hayati liriknya apa yang aku faham ialah lagu ni mengisahkan luahan hati seseorang yang putus cinta, dan dia rasa menyesal sangat lepas tu sebab memutuskan perhubungan, rasa macam kosong, dah tak ada harapan apa pun tentang cinta, sesuai dengan tajuknya. Orang kata kita akan reti menghargai sesuatu bila kita kehilangannya.
Antara bait lirik dalam lagu ni ~~
I'm all out of love, I'm so lost without you
I know you were right, believing for so long
I'm all out of love, what am I without you?
I can't be too late to say that I was so wrong
Kisahnya macam tipikal masyarakat yang bercinta je kan lagu ni, tapi mungkin sebab melodinya yang indah ngam dengan susunan liriknya menjadikan lagu ini mudah diterima pendengar dan penggemar muzik sampai sekarang. Kira dah tahap evergreen lah kan. Usia lagu ni pun dah lebih 40 tahun.
Oklah ini sahaja secebis ulasan dari aku dalam entri playlist kali ini. Next kita sembang lagi pasal lagu-lagu dalam playlist aku ye. Stay tuned!
Post a Comment