Novel Review ~ Cintai Aku, Boleh?

 

                  Tajuk : Cintai Aku, Boleh?
                  Penulis : Ilynn Nyra
                  Terbitan : Kaki Novel


Sinopsis Dari Novel ~~

Tanpa sebab, tanpa alasan... Qaira diceraikan dengan talak tiga sejurus selepas dinikahkan. Syed Ashraff tega melukai hati dan perasaan Qaira walaupun Qaira adalah satu-satunya wanita yang dicintainya.


Shazry, (abang Qaira) kemudiannya menikahkan Qaira dengan Tengku Zareef demi amanat arwah ibunya dan amanat arwah daddy Tengku Zareef.


Tengku Zareef tiada pilihan kerana dia amat menyanjungi arwah daddynya. Sementelah mummynya, Tengku Radziah mengugut akan melucutkan semua kemudahan dalam hidupnya. Dia nekad ingin memusnahkan hidup Qaira. Tetapi, Qaira yang keras hati tidak gentar membalas segala perbuatan dan kata-kata nista Tengku Zareef terhadap dirinya hingga membuatkan hati Tengku Zareef terpaut padanya.


Sedikit demi sedikit, rahsia terbongkar. Siapa Tengku Zarina? Kenapa Qaira harus berkahwin dengan Tengku Zareef? Siapa pula Trisha yang sering mengganggu hubungan mereka?


Saat cinta mula mewarnai hati, Syed Ashraff muncul menagih kasih. Fitnah pula ditabur oleh insan yang hatinya diracuni dendam. Dapatkah Tengku Zareef dan Qaira menggapai kebahagiaan mereka?



                 🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀


🎈 Dah lama tak sentuh novel ni dah tak ingat sangat jalan ceritanya. Tapi best la untuk bahan bacaan santai-santai. Kalau baca sinopsis macam cliche kan, tapi bagi aku banyak je kelainan dalam novel ni. Watak heroin Qaira tu aku suka sebab dia tak slow sangat dan tak cengeng. Watak antagonis atau penyondol ni bagi aku wajib ada dalam setiap novel, memang kalau beli novel saja cari yang macam tu hahaha barula adventure sikit nak membaca. Lagi bila part watak tu dapat kifarah. Okla apa pun novel ni tak boring dibaca, ada part sweet muwit ada part humor dan part curious yang buat korang tak sabar nak ke bab seterusnya. 




2 comments:

  1. Dah lama tak baca novel. Dulu zaman study selalu beli novel.

    ReplyDelete

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.