Novel Review ~ Terakhir Untuk Selamanya

 

                   Tajuk : Terakhir Untuk Selamanya

                   Penulis : Kathy Tuah

                   Terbitan : Fajar Pakeer


Sinopsis Dari Novel ~~

Trauma jatuh cinta bagaikan melekat dalam hati Kayla. Apa tidaknya. Annuar yang disanjung tinggi, dipuja melangit, berpaling daripadanya. Bodohnya dia mempercayai spesis lelaki tidak setia.

Namun, demi membuktikan dirinya kuat tanpa lelaki bernama suami di sisi, Kayla bangkit. Dia berubah menjadi Kayla yang lebih dramatik, Kayla yang lebih anggun dalam agama dan tutur kata, Kayla yang ala-ala wonder woman. No lelaki, no hal.

Tetapi, bertemu dengan Adli, hati yang retak seribu, mula bercantum-cantum. Hati yang dingin macam ais, mula cair.

Kata tak nak bercinta, tapi kenapa hati ini melompat-lompat setiap kali terlihat mamat ni?

Bila Adli ajak kahwin, Kayla terkejut. Mamat ni tak rabun hati kan?

"Kayla... kita kahwin..."

Kayla yang tadi mengayun langkah terus termati langkahnya.

"Kayla... kita kahwin..." ulang Adli lagi. Kali ini nadanya lebih yakin berbanding tadi.

"Awak tak tahu masa silam saya, Adli. Saya bukan seperti Kayla yang awak lihat sekarang ni. Saya dulu..."

"Masa silam saya juga tidak seindah yang awak sangka, Kayla. Tapi awak kena tahu, Allah lihat kita yang hari ini, bukan kita yang semalam atau sebelumnya."

Bila Kayla sebut yes, datang pula bekas pujaan hati ingin kembali menjalin kasih.

Pilihan semakin sukar. Sebelah kanan, pernah menjadi pujaan hati, sebelah kiri, mula berbunga-bunga dihati. Terakhir untuk selamanya, biar hati yang meneka. Siapakah pilihan hatinya?


                🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷


🍁Biasalah, dah nama novel cintan cintun, mesti banyak part romantik, tapi ada juga part humor. Plot santai bagi aku tapi banyak pengajaran ye. Part Kayla berusaha ubah diri dia dari seorang yang agak jahil ilmu agama, kepada wanita muslimah. Siap ada part ayat-ayat nasihat yang berguna ye. Ngan korang yang membaca ni akan rasa bermotivasi sekali ye, seriously,,, Setiap watak yang muncul dalam lain novel ni ada peranan memasing, berbagai ragam manusia baik dan buruk, kisah yang kaki membawang pun ada hahaha, tapi paling penting ada pengajaran dalam setiap karakter diorang, bukan sesaja muncul, setiap kisah yang terjadi dari awal sampai ending semua ada pengajaran dan hikmah. So tak rugi baca ye. Kalau buat adaptasi drama pun bagus ni. Amacam?



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.