Potluck Untuk Hari Sukan
Pepagi tadi bersilat kat dapur menyediakan potluck untuk hari sukan tadika Firas hari ni. Setelah dua minggu kami berbincang dalam grup Whatsapp ibu bapa dan guru mengenai menu potluck so aku putuskan untuk bawa Makaroni Goreng. Potluck yang simple bagi aku, mudah dan pantas. Yang penting sedap. Sedap ke?? Kuikuikui
Walaupun pihak tadika ada juga menyediakan pelbagai menu untuk anak-anak tadika, tapi kami sebagai ibu bapa pakat nak bawa sikit seorang menu untuk memeriahkan lagi hari sukan. Kami pun bole join picnic sekali kan. Hehehe,, macam family day kami jugak laa...
Santai santai happy happy gituu,,
Oklah ringkas ringkas je kita tulis entri kali ni. Nak bersiap untuk solat subuh pulak dan nak gerak si atlet kecil ibu tu lagi. Memakan masa dan tenaga juga tu. Mujurlah ayah dapat pelepasan weekend hari ini. Boleh la tolong ibu urus anak bersiap sambil ibu urus keperluan yang lain kan.
Harapnya sedap la makaroni goreng air tangan ibu ni ye. Bahan pun campak-campak je. Ikut resepi simple mak. Tak lah berapa ikut sangat, kalau resepi mak lagi padu macam-macam hado...
Alright bye korang have a great weekend. Jumpa lagi di entri seterusnya,,
Nampak sedapp tu sis hehehe..alhamdulillah
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete