Movie Time ~ Woman Of The Hour (2024)

 

     Credit picture to : Pinterest ~ Rebecca D

Kebetulan haritu dalam group Whatsapp bawang geng sekolah share pasal cerita ni yang baru lagi kat Netflix, so aku yang tak berapa berani tapi ingin tahu ni terjebak la juga tengok. Meh aku cerita sikit sinopsis ringkas mengenai movie ni. 

Woman of the Hour (2024) ialah filem thriller berinspirasikan kisah sebenar tentang pembunuh bersiri Rodney Alcala dan penyertaannya dalam rancangan temu janji popular, The Dating Game. Filem ini menggambarkan pertemuan antara Sheryl Bradshaw (lakonan Anna Kendrick) dan Rodney Alcala (Daniel Zovatto) semasa mereka menjadi peserta rancangan tersebut.

Sheryl, seorang wanita biasa yang hanya ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencari cinta, tanpa mengetahui bahawa lelaki yang terpilih sebagai pemenang permainan itu sebenarnya menyimpan rahsia gelap. Alcala tampil sebagai lelaki penuh karisma, tetapi keperibadiannya yang menawan ini bertentangan dengan sifat sebenar dirinya yang kejam. Sepanjang filem ini, kita dibawa masuk ke dalam kisah tegang bagaimana Sheryl secara beransur-ansur menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan Alcala.

Dengan suasana yang mendebarkan dan permainan psikologi yang menggugat emosi, Woman of the Hour membuka mata penonton mengenai bahaya tersembunyi yang mungkin ada di sekeliling kita, menyoroti ironi bagaimana seorang pembunuh boleh terselamat dari pandangan masyarakat umum hanya dengan berpura-pura menjadi orang biasa.


Bagi korang yang minat genre thriller, Woman of the Hour di Netflix memang worth every minute! Filem ini ialah arahan sulung dari Anna Kendrick di mana beliau juga membawakan watak utama dalam movie ni sebagai Sheryl Bradshaw yang penuh curious tapi brave, kisah ini dibina atas plot yang buat kita tak boleh angkat mata dari kaca television. Suspen nau nau.....


Filem ini bukan sekadar thriller biasa, ianya based on a true story, ni yang aku suka sebab fokus kita tu lagi tak sabar nak tahu apa plot seterusnya. Watak Rodney Alcala (Daniel Zovatto). His charm? Menyeramkan, seriously! Di balik wajah ‘innocent’ dia, ada sesuatu yang buat kita rasa was-was. Daniel Zovatto really nails it, membuatkan watak Rodney tampak misteri dan penuh agenda.


Selain itu beberapa watak tambahan lain yang bagi aku memainkan peranan penting dalam perjalanan cerita, Amy, lakonan Autumn Best – awalnya nampak macam she's just so pure and naive, buat kita rasa protective sangat kat watak dia. Tapi korang akan tengok sendiri keberanian Amy dalam beberapa scene betul-betul buat kita rasa risau, tapi kagum. Dan part kemunculan karakter Laura (Nicolette Robinson) walaupun kejap je kemunculannya, but she's the hidden strength buat aku rasa berteka-teki.


Trust me, sepanjang menonton, rasa suspen tu melekat je. Setiap kali Rodney muncul, kita sendiri rasa macam dalam roller coaster ride yang mendebarkan. Bagi korang yang obsessed dengan cerita penuh misteri, Woman of the Hour definitely deserves a spot in your watchlist. Jangan peram lama sangat ye just grab your popcorn and tune in on Netflix.



2 comments:

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.