Novel Review ~ Bukan Kekasih Terlarang

 

             Tajuk : Bukan Kekasih Terlarang 
             Penulis : Misz Haifa
             Terbitan : Fajar Pakeer 


Sinopsis Dari Novel ~~


Untuk mendapat apa yang kita suka, pertama kita mesti sabar dengan apa yang kita benci. Itulah yang terjadi pada Tengku Adli. Hati sudah berdetak laju saat terpandangkan raut wajah itu. Si gadis tidaklah secantik mana. Namun aura si gadis buat dia serba tidak kena. Peluang muncul di depan mata, kata cinta dilafaz untuk si gadis. Tetapi cinta hanya seketika, Tengku Adli menghilangkan diri. Si gadis? Dibiarkan mereput tergantung sepi.


Beberapa tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Bekerja di bawah syarikat yang sama. Bagi Tasha, antara dia dan Tengku Adli sudah berbeza. Dia kini bergelar tunangan kepada Anuar, adik kepada Tengku Adli. Di saat dia menunggu diiktiraf sebagai isteri muncul teman baiknya menjadi orang ketiga dalam hubungan dia dan encik tunang. Perkahwinan dengan Anuar diteruskan namun hanya untuk satu malam sahaja.


Mendengar khabar si gadis memilih adik sendiri sebagai bakal suami, Tengku Adli kecewa. Dia lantas menghilangkan diri ke luar negara. Namun, bila dia mengetahui Tasha bukan lagi milik sesiapa. Peluang seakan terbuka luas untuk menawan semula hati Tasha.


Kita bukan hanya berbeza tapi sangat berbeza. Kalau kata beza macam langit dan bumi rasanya antara dia dengan Tengku Adli lebih lagi - TASHA


Bagi Tasha. Tengku Adli sudah mati di hatinya. Tidak bagi Tengku Adli, fiada istilah putus asa dalam mengejar cinta Tasha. Selagi Tasha belum dimiliki, selagi itu dia bukan kekasih terlarang untuk terus mencuit hati gadis yang selama ini dia impikan menjadi isteri.


Siapa pun awak saya tak kisah. Yang saya tahu hati saya ni hanya mahu awak. Dah tak nak yang lain dah - TENGKU ADLI


Permulaan perkahwinan semuanya indah. Namun satu per satu dugaan mula menggugat keharmonian rumah tangga yang masih hijau. Bagaimana bila kepercayaan yang ditanam dengan cinta tiba-tiba menghilang? Inilah kisah cinta Tengku Adli dan Tasha. Kadang seperti hujan yang meninggalkan rasa, namun kadang jua seperti pelangi yang menambahkan perisa. Mampukah mereka bertahan dan berjuang bersama?



                🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸🌸



🌾 Salah satu novel kegemaran aku juga, walaupun kalau korang baca kat sinopsis nampak macam berat, tapi gaya bahasa nya santai je. Bagaimanapun, pada aku penulis ni pandai menghidupkan watak dalam novel ni, sebab ada keunikan kepada penceritaan dengan menyelami perasaan setiap watak. Pembaca dapat merasai ketegangan dan dilema yang dihadapi oleh Tengku Adli dan Tasha, menjadikan pembacaan lebih mendalam dan beremosi. Kalau tak ada part emosi santai sangat pun tak syok wehh. Tak adventure laa kan. Novel ini bukan sekadar kisah cinta biasa tetapi juga suatu perjalanan hidup penuh ujian. 



No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.