Movie Time ~ Time Cut (2024)

 

     Credit picture to ~ Pinterest : Am_z3ro


Kadang-kadang bila hidup ni penuh dengan drama orang yang suka jadi 'terpaling', aku memang lebih rela layan movie daripada melayan kerenah depa. Baru-baru ni aku jumpa satu filem dekat Netflix, Time Cut, dan aku rasa konsep dia memang fresh—campuran sci-fi dengan elemen thriller yang penuh twist. Tapi jangan risau, aku tak spoil apa-apa—so korang boleh enjoy surprise dalam movie ni!


Time Cut mengisahkan Lucy Field (Madison Bailey), seorang gadis remaja yang hidup pada tahun 2024. Tapi ada kisah tragis di sebalik hidup dia—adik-beradiknya, Summer (Antonia Gentry), telah dibunuh oleh pembunuh bersiri pada awal 2000-an. Lucy secara tak sengaja menemui cara untuk kembali ke tahun 2003, beberapa hari sebelum pembunuhan Summer berlaku. Misinya? Nak bongkar siapa pembunuh sebenar dan selamatkan Summer. Tapi ada satu masalah besar—kalau Summer terselamat, Lucy mungkin takkan wujud kerana kisah silam keluarganya yang kompleks. Gituuu..rumit jugak beb,,,


Konsep filem ni memang ada daya tarikan tersendiri, terutama bila ia cuba gabungkan dilema emosi dengan elemen perjalanan masa. Walaupun ada juga part yang aku tak berapa berkenan sikit bila depa mesti nak selitkan isu sejenis 'tutt' dalam movie ni. Yang tahu je tahu apa yang aku maksudkan hahaha...


Apa yang aku suka tentang Time Cut ialah persoalan besar yang diangkat: sanggupkah kita korbankan diri sendiri untuk orang yang kita sayang? Filem ni memang tak terlalu mendalam dalam menjawab soalan ni, tapi dia tetap berjaya menyentuh emosi dalam beberapa scene. Madison Bailey dan Antonia Gentry berjaya mencuri perhatian, especially dengan chemistry mereka sebagai kakak-adik. Walaupun ada juga adegan yang aku rasa macam ‘meh’, plot twist agak pelik jugak tapi kena tengok bebetul baru faham. So far aku puas hati je tengok. Tak boring tak mengantuk dan excited nak tahu kenapa dan mengapa.  


Kesimpulannya, kalau korang minat genre sci-fi thriller dengan elemen drama keluarga, Time Cut patut masuk dalam list tontonan korang. Walaupun tak la padu sangat, ia tetap menghiburkan lagi-lagi part tahun 2003 bila diselitkan lagu 'Hilary Duff - So Yesterday'. Terimbau pulak aku zaman sekolah menengah. One of my favorite song. Jadi, tunggu apa lagi? Ambil popcorn, duduk, dan enjoy time-travel adventure ni!

No comments

All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. [https://faizzahamir.blogspot.com/] does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information.

Thank You.