Selamat Pulang Ke Negeri Abadi, Ayah...
Assalamualaikum semua. Lama tak menulis walaupun banyak yang nak diceritakan.
Sedar tak sedar dah sebulan bapa kandungku, Ahmad Amirfuddin bin Md Taharim pergi meninggalkan kami. Kembalinya kepada Sang Pencipta di bulan Rejab, hari khamis dan selamat dikebumikan di malam jumaat.
Betul la orang cakap rindu yang paling sakit ialah rindu pada yang sudah tiada. Bukan aku tidak redha atas takdir pemergian arwah, dalam sedih aku syukur cara pemergiannya sangat mudah, dari awal urusan hingga ke akhir. Majlis tahlil untuk arwah alhamdulillah terima kasih jiran, kawan dan keluarga semua. Tak dapat kami nak balas satu persatu budi baik kalian.
Cuma kadangkala bila kenangan bersama arwah ayah menjelma dalam fikiran, memang tak henti air mata ni mengalir. Rasa baru lagi dengar arwah bergurau senda dengan kami, nasihat yang tak pernah putus-putus untuk kami. Aku anak tunggal, dah tentulah kesayangan ibu ayah sejak kecil. Kalau jauh dari mereka pun sebab study je dulu, tapi memang banyak masa dengan mereka. Cuma hati ni masih rasa tak pernah cukup puas nak bahagiakan ibu ayah.
Apa pun aku redha dan terima ketentuanNya. Hanya doa dapat aku kirimkan buat arwah ayah.
Ya Allah Ya Tuhanku.. Ampunilah ayah, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
AlFatihah..
بِسْÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم
ٱلْØَÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلْعَـلَÙ…ِين۞ ٱلرَّØْÙ…َـنِ ٱلرَّØِيم۞ Ù…َـلِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ ٱلدِّين۞Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِينُ۞ ٱهْدِÙ†َا ٱلصِّرَØ·َ ٱلْÙ…ُسْتَÙ‚ِيمَ۞صِرَØ·َ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ۞ غَÙŠْرِ ٱلْÙ…َغْضُوبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ ٱلضَّاۤÙ„ِّينَ۞امين
semoga arwah ayah faizzah akan ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Aamiin...
ReplyDelete